fbpx

“From Home to Jannah” Ikhtiar Mantapkan Keluarga Muslim

“From Home to Jannah” Ikhtiar Mantapkan Keluarga Muslim

“From Home to Jannah” Ikhtiar Mantapkan Keluarga Muslim

PUTRAJAYA, 7 Mac 2024 – Seminar serta wacana yang dapat membuka ruang kepada peserta untuk mendalami isu-isu berkaitan kekeluargaan Islam agar terbentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera perlu mendapat perhatian. Ia penting untuk masyarakat membina institusi keluarga yang kukuh dan harmoni.

Untuk itu, HALUAN menghantar wakilnya ke Seminar Keluarga Madani yang berlangsung di Auditorium JAKIM Kompleks Islam, Putrajaya pada 7 Mac lepas. Seminar dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Forum ini bertujuan membincangkan peranan suami dan isteri dalam membina sebuah rumahtangga yang membawa ke syurga, lebih-lebih lagi dalam suasana di mana banyak perceraian berlaku di kalangan pasangan muda Islam akhir-akhir ini.

Forum yang bertajuk “From Home to Jannah” dipandu oleh Moderator Ustaz Ahmad Fathi Muhammad, dengan panel terdiri daripada pendakwah popular, Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman, dan Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Fariza Md Sham.

Prof. Datuk Dr. Fariza dalam pengisian forum tersebut menyatakan, “Perkahwinan bukan hanya sekadar lafaz ‘aku terima nikahnya’, bahkan lebih dari itu. Ia merupakan satu perjanjian yang diakui dalam Al-Quran sebagai perjanjian yang berat.

Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman turut menekankan bahawa masyarakat sering salah faham mengenai maksud ‘Rijalu Qawwam’, yang seharusnya lebih daripada sekadar kegagahan fizikal lelaki. Beliau menyatakan, “Qawwam berasal dari kata kerja qiam, yang menunjukkan sifat pemimpin yang anggun dalam memikul tanggungjawab melindungi keluarganya. Bukan semua lelaki adalah rijal, tetapi semua rijal adalah lelaki.

Semasa ucaptama dan perasmian oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar menyatakan pentingnya usaha bersama dalam memperkukuhkan institusi keluarga sebagai asas kepada pembangunan masyarakat yang berkualiti dan harmoni.

HALUAN diwakili Kluster Wanita dan Pembangunan Keluarga terdiri daripada Ketua Biro Pembangunan Keluarga, Sabarudin Mat Kari; Setiausaha Kerja Kanan, Ummu Hani Mohd Nasaruddin; Setiausaha Kerja 2, Nur Farhana Abdul Pata; dan Pegawai Pentadbiran, Aisyah Ruqayyah Mohd Sabbri.


Laporan Nur Farhana Abdul Pata
Setiausaha Kerja 2
Kluster Wanita dan Pembangunan Keluarga