fbpx

Siswa Malaysia – Indonesia Iftar Bersama di Mesir

Siswa Malaysia – Indonesia Iftar Bersama di Mesir

Siswa Malaysia – Indonesia Iftar Bersama di Mesir

DARRASAH, MESIR, 30 Mac 2023 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Mesir dengan kerjasama Majlis Perundingan Mahasiswa Mesir (MP3M) dan Rakan Siswa YADIM Mesir (RSYM) telah mengadakan Majlis Iftar Jama’ie bersama mahasiswa dan mahasiswi Mesir dari Indonesia dan Malaysia.

Seramai 100 orang pelajar daripada setiap negara telah hadir. Majlis berbuka puasa tersebut adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah “Kempen Sejuta Barakah Ramadan,” dianjurkan oleh HALUAN Malaysia yang melibatkan pelbagai negara antaranya negara Mesir.

Majlis iftar diadakan khusus untuk siswa Malaysia di Pusat Kecemerlangan Pelajar, Rabaah, hari ini. Semalam, majlis sepertinya telah diadakan di Markas Sekretariat SEMA-FSI & Sekretariat Perwakilan Nahdlatul Wathan Diniyah Islamiyah Mesir di Darrasah, melibatkan siswa dari Indonesia.

Antara lain, majlis tersebut bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa/siswi pelbagai negara sambil berkongsi kenikmatan berbuka puasa bersama-sama rakan serantau. Selain itu, ia mampu meringankan beban belanja di bulan Ramadan bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Melalui majlis tersebut juga para pelajar dapat berkenalan sesama sendiri dan sedikit sebanyak dapat merasai nostalgia berbuka di negara masing-masing walaupun berada di perantauan.

Majlis Iftar Jamaie tersebut bermula dengan sesi bergambar beramai-ramai dan ucapan daripada pihak HALUANSiswa Mesir beserta tazkirah ringkas. Kemudian majlis diteruskan dengan agihan juadah ringan kepada para peserta, bacaan doa bersama dan berbuka dengan kurma dan kuih-muih. Sejurus selepas itu, para peserta menunaikan solat maghrib secara berjemaah, dan diakhiri dengan jamuan makanan berat dan bersurai.

HALUANSiswa Mesir mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang telah memberikan sumbangan dan mereka yang turut terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Jom bersedekah Iftar!

Jayakan kempen bersedekah iftar dalam Sejuta Barakah Ramadan 4.0 di barakahramadan.com.