fbpx

SBR 4.0 Edar 100 Pek Makanan Kering Kepada Orang Asli

SBR 4.0 Edar 100 Pek Makanan Kering Kepada Orang Asli

SBR 4.0 Edar 100 Pek Makanan Kering Kepada Orang Asli

TASIK BANDING, PERAK, 16 Apr 2023– HALUAN cawangan Pulau Pinang mengedarkan sebanyak 100 pek barangan dapur kepada penduduk orang asli di Kampung Air Banun dan Kampung Sungai Raba di sini sempena majlis Iftar Ramadan di kedua-dua kampung tersebut.

Pek makanan kering seperti beras, gula, tepung dan kopi itu adalah sebahagian daripada sumbangan yang dikutip melalui kempen SBR 4.0 atau projek Sejuta Barakah Ramadan kali keempat. Untuk tahun ini, SBR 4.0 telah dilancarkan secara rasmi 16 Mac lepas oleh Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman.

Menurut penyelaras program, Ustaz Fadlon Abd Rahim, penduduk kampung sangat teruja dengan sumbangan tersebut kerana ia dapat memeriahkan sambutan Ramadan mereka yang majoritinya berada di bawah paras kemiskinan.

Projek Bantuan Kemanusiaan dan Kebajikan di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Orang Asli Air Banun adalah komitmen jangka panjang HALUAN Pulau Pinang dalam mempertingkatkan kelestarian penduduk kampung dari segi pengetahuan agama, sosio-ekonomi, pendidikan dan kesihatan.

Matlamat projek SBR 4.0 ini bertujuan mengutip sumbangan masyarakat awam di bulan Ramadan yang barakah ini. Dana yang dikutip kemudiannya disalurkan kepada golongan B40, orang asli, anak-anak yatim dan miskin, ibu tunggal, kem-kem pelarian antarabangsa, juga untuk iftar Ramadan siswa-siswi di dalam dan luar negara.

Anda boleh bersama kami berkongsi pahala ini. Sumbanglah dengan ikhlas ke akaun HALUAN cawangan Pulau Pinang di Maybank nombor 5572 5506 2982

WhatsApp slip infak anda kepada petugas kami, Encik Abdul Halim Khudri di talian 019 4644357.


Laporan Biro Kebajikan HALUAN Pulau Pinang