fbpx

Anak Yatim & Miskin AHP Diraikan Dengan Iftar

Anak Yatim & Miskin AHP Diraikan Dengan Iftar

Anak Yatim & Miskin AHP Diraikan Dengan Iftar

PUTRAJAYA, 26 Apr 2023 – Seramai 30 orang penghuni Asrama HALUAN Penyayang (AHP) berserta staf telah diraikan di  majlis iftar anjuran Koperasi Muslim Malaysia cawangan Putrajaya  pada 25 April lepas.

Majlis iftar di Dewan Makan Masjid Putra tersebut sangat bermakna kepada anak-anak AHP kerana ada masyarakat di luar khususnya NGO yang sedia memberi perhatian kepada mereka.

HALUAN mengucapkan terima kasih kepada Koperasi Muslim Malaysia cawangan Putrajaya atas majlis yang dianjurkan ini. Semoga hubungan ini terus terjalin selepas ini.

Pada kesempatan ini, kami membuka peluang kepada NGO dan orang ramai untuk menyumbang sama ada berupa barangan dapur atau wang tunai untuk kami terus berbakti terhadap anak-anak kurang bernasib baik ini.

Sebarang bantuan boleh dihulurkan melalui akaun berikut:

Nama akaun: Tabung Anak Yatim Dan Miskin HALUAN Penyayang

No. akaun: 1203 8010 0810 98

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad.

Sila hantarkan salinan slip sumbangan anda melalui WhatsApp kepada pengurus Encik Shahril Ramli di talian 013-3984 550.

Sumbangan boleh juga disalurkan melalui laman web haluan.org.my/ahp.

—–

Laporan Asrama HALUAN Penyayang