fbpx

Rumah Quran HALUAN Barakah Dirasmikan

Rumah Quran HALUAN Barakah Dirasmikan

Rumah Quran HALUAN Barakah Dirasmikan

PIDIE JAYA, ACHEH, 19 Mac 2017 — Hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk mangsa gempa bumi Aceh telah tercapai apabila pasukan ke lima sukarelawan HALUAN telah menyampaikan bantuan tersebut dengan perasmian Rumah Quran HALUAN Barakah (RQHB).

Upacara perasmian oleh Penasihat HALUAN, Ustaz Abdul Rahim Abdul Hamid di Desa Sagoe tersebut adalah balai pengajian Al-Quran untuk mengajar anak-anak dan penduduk. Ia adalah bangunan gantian untuk surau yang rosak akibat gempabumi berskala 6.4 Richter yang melanda Aceh pada 6 Disember lepas.

Di samping majlis perasmian, pihak HALUAN juga telah menyumbang wang tunai sebanyak RM6,600 hasil derma orang ramai di Malaysia untuk pembelian alatan bantuan pembelajaran yang telah disampaikan oleh Encik Che Ani Hashim, YDP HALUAN Pulau Pinang. Sementara itu ahli-ahli Haluanita pula menyantuni kanak-kanak dan kaum ibu dengan hadiah yang dibawa bersama.

“Masih banyak lagi infrastruktur yang perlu di bina semula, dan kita akan berusaha membantu dengan bantuan para penderma untuk melengkapi keperluan ini,” katanya kepada mediaHALUAN.

Laporan oleh Abdul Halim Khudri