
Relawan HALUAN Bersiap Ke Kem Pelarian
ihh-1ISTANBUL, 9 Dis 2014 — Relawan misi bantuan kemanusiaan ke kem pelarian di sempadan Turki membuat persediaan akhir dengan membuat kunjungan dan perbincangan teknikal dengan rakan-rakan NGO terbabit.
Awal pagi ini, pasukan enam relawan HALUAN yang diketuai oleh Dr Mohd Arba’ai Shawal berkunjung ke ibu pejabat IHH Humanitarian Relief Foundation di Fatih. Perbincangan turut dibuat bersama Al-Sarraa Foundation bagi mendapatkan maklumat terkini di kem-kem pelarian di selatan Turki. Mereka turut membincangkan keadaan cuaca di tempat berkenaan bagi memastikan semua relawan bersedia dengan kelengkapan secukupnya untuk menunaikan tugasan dengan persediaan yang terbaik.
Sementara itu relawan HALUAN, Encik Noorazman Mohd Shamsudin, bersama-sama 50 orang bekas relawan kapal Mavi Marmara dan waris mangsa tragedi serangan konvoi laut Freedom Flotilla telah hadir di Mahkamah Istanbul sebagai saksi bagi pendakwaan ke atas pemimpin rejim zionis.
Kira-kira 2,000 orang turut hadir mengadakan demonstrasi mengecam tindakan zalim tentera zionis membunuh 10 orang relawan kemanusiaan di atas kapal penumpang yang sedang berlayar di lautan antarabangsa dalam tragedi pada 30 Mei 2010 itu.
Seramai 12 relawan Malaysia, termasuk lima relawan ahli HALUAN, turut menjadi mangsa tragedi tersebut di mana mereka telah diserang, diikat, didera, diculik dan dipenjarakan di Bersheva, Israel.
Ikuti perkembangan seterusnya tentang kempen bantuan musim sejuk untuk pelarian Palestin dan Syria ini yang akan berlangsung sehingga akhir Februari 2015. Teruskan sumbangan terbaik anda untuk anak-anak dan keluarga kita yang kesejukan ini melalui akaun berikut:
Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
Maybank Berhad : 5622-6350-2611
atau,
Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2
Laporan Nizam Awang, Istanbul.
Encik Noorazman Mohd Shamsudin hadir untuk menjadi saksi Ketua misi, Dr Mohd Arba’ai yang juga merupakan seorang bekas relawan Mavi Marmara. Relawan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Atarturk Perbicaraan serangan maut ke atas Mavi Marmara diterus lagi pada hari ini 9 Disember 2014 di Bangunan Mahkamah Istanbul untuk pendengaran kali ke-7. Winter boot tiba di Hatay di selatan Turki dalam perjalanan mencari pemiliknya yang masih misteri. Relawan HALUAN di hadapan Ibu Pejabat IHH di Fatih selepas sesi taklimat ringkas.