fbpx

Posts Tagged: Relawan HALUAN

Wakil NGO Antarabangsa Kagumi Kesukarelawanan HALUAN

BANDAR BARU BANGI, 11 Julai 2018 – Seramai 38 wakil NGO antarabangsa mengamati secara dekat pengalaman HALUAN dalam mengendali program kesukarelawanan di dalam dan luar negara. Dalam satu sesi dialog di ibu pejabat HALUAN hari ini, wakil-wakil NGO dari Tanzania, Indonesia,Kyrgyzstan, Lubnan dan Turki mendengar penerangan multimedia yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi HALUAN, Encik …

Relawan HALUAN Agih Kit Kebersihan Diri Kepada Pelarian Rohingya

Relawan HALUAN Agih Kit Kebersihan Diri Kepada Pelarian Rohingya

TEKNAF, BANGLADESH, 15 Okt 2017 — Pasukan kedua relawan HALUAN yang menyertai misi bantuan kemanusiaan di bawah gabungan SINAR4ROHINGYA menyambung usaha pasukan terdahulu membantu pelarian yang baharu tiba di sempadan Bangladesh, khususnya di sekitar wilayah Teknaf. Sebanyak 100 bungkusan kit kebersihan diri telah berjaya diagihkan kepada keluarga pelarian yang baharu tiba di kem Maisori Teknaf, …

Relawan HALUAN bersama pasukan SINAR4ROHINGYA tiba di Cox’s Bazar

Relawan HALUAN bersama pasukan SINAR4ROHINGYA tiba di Cox’s Bazar

COX’S BAZAR, 27 Sep 2017 — Relawan-relawan NGO di bawah gabungan SINAR4ROHINGYA telah tiba di Cox’s Bazar di tenggara Bangladesh untuk menyampaikan amanah bantuan rakyat Malaysia kepada pelarian Rohingya yang baharu tiba dari wilayah Rakhine. Pasukan pertama ini melibatkan relawan dari HALUAN, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, MAPIM dan Yayasan Amal Malaysia. HALUAN diwakili oleh Ketua …

Relawan HALUAN Dibebaskan Imigresen Jordan

Relawan HALUAN Dibebaskan Imigresen Jordan

AMMAN, JORDAN 15 Apr 2016 – Penyaringan keselamatan yang ketat oleh pihak keselamatan Jordan menyebabkan salah seorang petugas HALUAN ditahan oleh pihak imigresen negara itu sejurus ketibaan pasukan kemanusiaan tersebut di Lapangan Terbang Queen Alia pada 12.30 malam 14 April lepas. Muhammad Shakir Sabarudin, yang juga Setiausaha Kerja Biro Misi Kemanusiaan (BMK) HALUAN ditahan lebih …

Relawan Selamat Pulang Dari Afghanistan

Relawan Selamat Pulang Dari Afghanistan

SEPANG, 19 Nov 2015 — Dua orang relawan HALUAN yang menyertai misi kemanusiaan gabungan NGO-NGO Islam ke Afghanistan selamat tiba di tanah air pada 18 November. Mereka disambut oleh beberapa orang perwakilan diketuai Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr. Baharudin Suri, dan pasukan mediaHALUAN. Encik Safiuddin Suruji, 25, dan Encik Abdullah Abrar Haron, 22, telah …

Relawan HALUAN Salur Bantuan Kem Pelarian Lubnan

Relawan HALUAN Salur Bantuan Kem Pelarian Lubnan

lubnan-01BEIRUT, 14 Dis 2014 — Lubnan merupakan wilayah tumpangan pelarian Palestin sejak bermulanya tragedi Nakba pada tahun 1948. Lebih dua juta orang daripada empat setengah juta penduduk Lubnan adalah pelarian Palestin dan Syria yang tinggal di kem-kem utama seperti di sempadan Syria, Shabra dan Syatila, Ein el-Helwah dan Saida. Perjalanan enam relawan HALUAN menuju ke …

Relawan HALUAN Bersiap Ke Kem Pelarian

Relawan HALUAN Bersiap Ke Kem Pelarian

ihh-1ISTANBUL, 9 Dis 2014 — Relawan misi bantuan kemanusiaan ke kem pelarian di sempadan Turki membuat persediaan akhir dengan membuat kunjungan dan perbincangan teknikal dengan rakan-rakan NGO terbabit. Awal pagi ini, pasukan enam relawan HALUAN yang diketuai oleh Dr Mohd Arba’ai Shawal berkunjung ke ibu pejabat IHH Humanitarian Relief Foundation di Fatih. Perbincangan turut dibuat …

Pasukan Kedua Relawan Berlepas ke Lubnan dan Sempadan Turki

Pasukan Kedua Relawan Berlepas ke Lubnan dan Sempadan Turki

BANDAR BARU BANGI, 9 Disember 2014 — Pasukan kedua Misi Bantuan Musim Sejuk Gaza-Syria telah berlepas ke sempadan Turki dan Lubnan semalam. Pasukan misi kali ini disertai oleh seorang doktor, tiga relawan dan dua petugas media tiba di Istanbul pada pukul 11:00 pagi waktu Istanbul. Perlepasan pasukan relawan dilengkapkan dengan bacaan doa oleh Ustaz Umar …

Relawan HALUAN Jalankan Operasi Membersih Rumah, Masjid

Relawan HALUAN Jalankan Operasi Membersih Rumah, Masjid

kuantan-2-01KUANTAN, 6 Dis 2013 — Keadaan cuaca yang cerah serta paras air yang surut telah membolehkan ramai mangsa banjir pulang ke rumah walaupun kediaman mereka masih tidak boleh digunakan. Banjir di sebahagian kawasan di Kuantan bertambah baik di mana air mulai surut dan kerja-kerja membersih sebahagian daripada rumah kediaman dan bangunan awam mula dijalankan. Walau …

Relawan HALUAN Memasuki Sittwe di Myanmar

Relawan HALUAN Memasuki Sittwe di Myanmar

SITTWE, MYANMAR 28 Dis 2012 – Pasukan Biro Misi Kemanusiaan HALUAN berjaya tiba di Sittwe, Myanmar untuk menyantuni para mangsa keganasan penghapusan etnik di sini. Pasukan yang diketuai oleh Encik Abdul Halim Kudri dan disertai oleh wartawan mediaHALUAN Encik Umar Ismail itu terkandas beberapa hari di Yangoon sebelum mendapat kebenaran memasuki zon konflik tempat persembelihan …