fbpx

Penduduk Melaka Terima Pek Makanan

Penduduk Melaka Terima Pek Makanan

Penduduk Melaka Terima Pek Makanan

SG RAMBAI, MELAKA, 15 Apr 2020 – Seramai 30 buah keluarga di Kariah Masjid Al Hasanah, Kampung Sungai Rambai di sini yang terkesan akibat pelaksanaan PKP pandemik COVID-19 telah menerima sumbangan daripada HALUAN cawangan Melaka-Negeri Sembilan.

Bantuan diberikan dalam bentuk barang makanan asas untuk Pek Makanan seperti gula, tepung, bihun, minyak masak dan lain-lain. Naib Yang Di Pertua 2 HALUAN Negeri Sembilan, Encik Shahkirin Mohd Shah, dengan kerjasama beberapa orang AJK Masjid Al Hasanah telah menyampaikan Pek Makanan berkenaan kepada golongan asnaf kampung tersebut.

Dalam ucapan ringkas sebelum serahan dilakukan, pengerusi AJK Masjid Al Hasanah, Encik Shahidin Mohd Shah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak HALUAN kerana memilih kampung berkenaan untuk menerima sumbangan berkenaan. Usai majlis ucapan ringkas, program agihan Pek Makanan kepada penduduk kampung berkenaan dijalankan hingga selesai.

HALUAN merakamkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang tidak jemu-jemu menyumbang bagi menjayakan program Pek Makanan. Masih tidak terlambat untuk anda turut juga memberikan sedikit sumbangan ikhlas. Sila derma anda melalui pautan di bawah:

Pek Makanan Negaraku

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.


Laporan oleh Kuntom Salleh, mediaHALUAN Melaka