fbpx

25 Keluarga B40 Terima Pek Makanan Semasa PKP

25 Keluarga B40 Terima Pek Makanan Semasa PKP

25 Keluarga B40 Terima Pek Makanan Semasa PKP

IPOH, 16 Mei 2020 – Seramai 25 keluarga telah menerima sumbangan melalui kempen Sejuta Barakah Ramadan yang diedarkan oleh HALUAN Perak bertujuan membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia. Bantuan diberikan dalam bentuk pek barang makanan asas seperti beras, gula, tepung dan lain-lain.

Naib Yang Dipertua 2 HALUAN Perak, Encik Abdul Manap Mohammed Noor, bersama beberapa ahli HALUAN telah memberikan 18 sumbangan pek-pek barang makanan asas kepada keluarga B40 di kawasan Kampung Sungai Ular di sini.

Encik Jaafar Mazlan, Mantan Ketua Kampung Sungai Ular mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak penduduk atas sumbangan yang diterima. Beliau juga turut mendoakan agar Allah SWT memberkati usaha-usaha yang dilaksanakan oleh organisasi HALUAN.

Dua buah keluarga dari Kampung Sungai Tapah turut menerima sumbangan pek-pek makanan dan lima buah keluarga murid Sekolah Rendah Al-Ikhsan (SERI) turut menerima habuan masing-masing.
.
HALUAN Perak, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma dan ahli yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Masih tidak terlambat untuk anda berinfak ke arah membahagiakan golongan B40. Teruslah menderma melalui pautan ini:


Laporan Hajar Manap, Kelab Siswa HALUAN