fbpx

Pelajar Tahfiz Al Quran Turut Prihatin Dengan Palestin

Pelajar Tahfiz Al Quran Turut Prihatin Dengan Palestin

Pelajar Tahfiz Al Quran Turut Prihatin Dengan Palestin

KUANTAN dan MELAKA, 5 Dis 2012 – Penderitaan yang tiada kesudahan bagi rakyat Gaza di Palestin akibat serangan biadap tentera Zionist terus mendapat simpati dan perhatian daripada masyarakat. Tidak terkecuali bagi pelajar-pelajar Tahfiz Al Quran di Melaka dan Pahang.

Atas kesedaran ini mereka telah menjemput pihak Biro HALUAN Palestin untuk menyampaikan ceramah dan tayangan video serta berkongsi informasi terkini tentang isu Palestin dan nasib umat Islam lain seluruh dunia.

Di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Kuantan, atas iniasitif pelajar sendiri, satu sesi ceramah bertajuk Gaza : Antara Penderitaan dan Kehebatan telah diadakan di surau Maahad dihadiri hampir 100 orang pelajar putera dan puterinya.

Manakala Madrasah Tahfiz Al Quran Raudhatul Muslihin, Masjid Tanah, Melaka turut berkongsi isu dan tajuk yang sama yang disertai oleh 70 pelajar termasuklah tenaga pengajarnya. Ceramah dan tayangan video ini telah disampaikan oleh Ketua Biro HALUAN Palestin Pahang, Abd. Bashir Abd. Ghani yang turut menceritakan pengalaman beliau dapat berziarah ke bumi Gaza pada bulai Mei 2012 yang lalu.

Ceramah bukan hanya berkisar kepada isu serangan, kematian, kecederaan dan penderitaan semata-mata tetapi di mantapkan lagi dengan kefahaman bagaimana Al-Quran berbicara dalam soal Palestin ini. Kepentingan membantu Palestin dan membebaskan Masjidil Aqsa adalah soal aqidah dan kelangsungan perjuangan dan kemenangan ummah di masa akan datang.

Pelajar juga di dedahkan tentang kehebatan mujahidin di Gaza yang berjuang dan berjihad hingga mampu mempertahankan bumi anbiya’ ini daripada dicerobohi dan ditawan oleh tentera Zionist.

“Kehebatan mereka tersohor disebabkan roh Al-Quran yang mengalir dalam jiwa mereka. Mereka adalah pejuang yang huffaz Al-Quran yang sedia untuk syahid di jalan Allah,” jelas Encik Abd. Bashir.

Sesuai dengan kemampuan pelajar-pelajar ini yang boleh menghafaz Al-Quran dalam usia yang muda, mereka turut dinasihatkan agar mempertingkatkan kecemerlangan diri agar bukan hanya dengan boleh menghafaz Al-Quran, tapi mampu menguasai Al-Quran dalam kehidupan sebagai huffaz yang soleh, musleh dan mujahid sepertimana saudara mereka di Gaza yang akhirnya nanti mampu membebaskan Al-Aqsa ataupun layak mendapat pertolongan Allah sebagai para syuhada dalam cintaNya.

Keprihatinan pelajar ini untuk membantu Gaza dibuktikan dengan sumbangan ikhlas mereka kepada Tabung Palestin HALUAN. Alhamdulillah, sejumlah RM1500 dapat dipungut dari kedua-dua Maahad Tahfiz Al Quran tersebut.

Biro HALUAN Palestin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar-pelajar serta staf dan mengharapkan usaha yang sama turut dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah dan madrasah tahfiz Al-Quran yang lain agar isu Palestin ini dapat diterapkan dalam jiwa dan pengetahuan masyarakat secara berterusan bermula di peringkat bangku sekolah lagi.

Derma anda boleh terus disalurkan kepadaS “Tabung HALUAN Palestin” di BIMB – 14 023 01 003429 2 atau MAYBANK – 5644 9020 8528.