fbpx

Kelantan Lahirkan Ramai Anak Soleh

Kelantan Lahirkan Ramai Anak Soleh

Kelantan Lahirkan Ramai Anak Soleh

PASIR PUTEH, KELANTAN, 5 Dis 2012 – Kem Anak Soleh atau yang dipopularkan oleh HALUAN sebagai KASeh telah dianjurkan di lima buah masjid di Daerah Pasir Puteh, Kelantan pada 4 Disember. Antara masjid yang terlibat adalah Masjid Kampung Gaal, Masjid Bukit Yong, Masjid Kampung Kandis, Masjid Gong Pasir Dan Masjid Gong Kemuning.

Kem anjuran kali ketujuh ini telah disertai oleh 362 peserta di antara 10 hingga 12 tahun iaitu 201 lelaki dan 161 perempuan. KASeh telah dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kelantan dengan kerjasama Kolej Teknologi Darul Naim serta Ahli Jawatan Masjid Kawasan Jajahan Gaal.

Penganjur berpuashati matlamat untuk menanam dan memantapkan akidah anak-anak serta kefahaman tentang kepentingan dan keperluan solat telah tercapai. Selain itu, KASeh pada kali ini bertujuan membina kreativiti anak-anak dan menjadikan mereka bersahsiah serta mempunyai qudwah hasanah yang baik.

KASeh Kelantan telah dirasmikan oleh Ustaz Harizan Riduan Mustapha, selaku Pegawai Agama Islam jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Program ini dipantau oleh Exco HALUAN Kelantan, diketuai oleh Cikgu Mahmud Jaaffar, dan disertai barisan muda KeARAH terdiri daripada Amirah Hasanah Rusli, Nurul ‘Atiqah Mahmud, Nik Muhammad Akmal Nik Zainal Rashed, Mohamad Fatmi Mansur Che Sarimuzi dan Abdullah Azam Zulkfli sebagai Komandan Kem di setiap masjid berkenaan.

Program ini berlangsung sehari dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam. disikan dengan pelbagai aktiviti seperti ice- breaking, team building, amali solat serta pengertian bacaan, kembara sirah, kuliah maghrib dan tayangan Palestin telah dijalankan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. Saya harap para peserta bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dalam sahsiah diri sekaligus dapat menjadi contoh kepada orang lain. Selain itu, saya juga berharap kem ini dapat membina generasi pewaris dan dapat mengisi masa lapang anak-anak di setiap masjid,” berkata Ustaz Harizan Riduan.

Kem kali ini berjalan dengan lancar dan baik di mana para peserta telah hadir di luar jangkaan terutama di Masjid Wakaf Raja, Bukit Yong hingga mencapai 100 orang. Ianya berjaya kerana kerjasama yang erat oleh AJK-AJK masjid serta para fasilitator seramai 58 orang. Penganjur juga berjaya memungut dana berjumlah RM841 melalui tayangan Palestin demi membantu mangsa-mangsa serangan ganas zionis di Gaza baru-baru ini.


Laporan Nurul Fatini Binti Mahmud, relawan KeARAH Kelantan