fbpx

Palestin Gempur Plaza Alam Sentral Hari Ini

Palestin Gempur Plaza Alam Sentral Hari Ini

Palestin Gempur Plaza Alam Sentral Hari Ini

pasentral-00SHAH ALAM, 11 Dis, 2012 – Plaza Alam Sentral di Seksyen 14 Shah Alam akan digempur oleh aktiviti berteraskan Palestin sehari suntuk hari ini dari pagi hingga ke malam.

Biro HALUAN Palestin (HALUAN Palestin) telah diamanahkan oleh pengurusan kompleks membeli-belah itu untuk melaksanakan program seharian ini untuk menaikkan semangat serta penglibatan lebih ramai masyarakat awam berkenaan isu Al-Quds dan pembebasan hak umat Islam di sana.

Bertemakan “Hentikan Air Mata Gaza”, HALUAN Palestin telah menyusun pelbagai program di pusat membeli belah terkenal itu bermula dari jam 11 pagi sehinggalah jam 10 malam.

“Ini untuk famili, remaja, wanita dan juga keluarga. Semua aktiviti ada. Termasuklah pertandingan melukis dan mewarna, sketsa, penerangan dan perkembangan terkini Palestin, tayangan video, flash mobs, kutipan derma, persembahan nasyid dan bermacam lagi,” jelas Ahmad Shahbuddin Abu Bakar selaku pengarah program tersebut.

“Jom ajak famili dan kawan-jiran ikut serta sambil menderma dan berhibur. Kalau kita jauh daripada isu Palestin, inilah masanya untuk kita dekatinya,” ujar beliau kepada mediaHALUAN.

Difahamkan penganjur sudah menjemput kumpulan nasyid InTeam, Azhar Helmi, Naluri, Firas dan lain-lain untuk bersama pengunjung di sana. Relawan Palestin berbangsa Arab juga akan hadir untuk bertemu anda.

Jom sertai ramai-ramai!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Setiausaha Kerja HALUAN Palestin, Mohd Musab Saari di talian 019-218 7861 / 013 282 0731.

Derma untuk Palestin boleh terus dibuat ke “Tabung Palestin HALUAN” di BIMB 1402 – 30100 – 342 – 92 atau Maybank 5644 -9020 – 8528.