fbpx

Murid Sekolah Terima Sumbangan “Back To School” HALUANITA Putrajaya

Murid Sekolah Terima Sumbangan “Back To School” HALUANITA Putrajaya

Murid Sekolah Terima Sumbangan “Back To School” HALUANITA Putrajaya

BANDAR BARU BANGI, 4 Mac 2024 – Murid sekolah daripada keluarga yang kurang berkemampuan di Tahun 5 dan 6 telah disantuni HALUANITA cawangan Putrajaya sempena pembukaan sesi persekolahan 2024.

Program “Back To School” berbentuk sumbangan kewangan ini adalah anjuran HALUAN Malaysia dengan kerjasama Yayasan Matri.

Program ini bertujuan untuk membantu ahli masyarakat yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan membuat persiapan menghadapi sesi persekolahan baharu 2024. Di samping itu, ia juga melibatkan usaha membentuk murid cemerlang melalui program susulan seperti pendidikan rohani dan motivasi. Adalah diharapkan sumbangan tersebut dapat memberi keceriaan kepada anak-anak dan ibu bapa.

Majlis telah diadakan semalam di ibu pejabat HALUAN di sini. Seramai 12 orang murid telah terpilih untuk menerima sumbangan berupa wang tunai dan set alatulis. Selain peserta dan keluarga masing-masing, majlis turut dihadiri oleh Naib Presiden 6, Kluster Wanita dan Pembangunan Keluarga, Dr. Zurina Muda; Pengarah Urusan Yayasan Matri, Puan Alfiah Samingan; Naib Yang Dipertua 6 HALUAN Putrajaya, Dr. Norhaiza Nordin, dan ahli-ahli HALUANITA Putrajaya.

Majlis telah diserikan dengan ucapan ringkas oleh Dr. Zurina, diikuti dengan penyampaian sumbangan oleh beliau dan Puan Alfiah.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang terutama kepada Penaja Perak, Telekung Rawdah. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi pendidikan anak-anak dan juga dalam membina masyarakat yang prihatin, empatik dan berkasih sayang.

—-
Laporan Nor’ashikin Mohd Tahir
Ketua Biro HALUANITA
HALUAN Putrajaya