fbpx

MAJLIS DAKWAH NEGARA DAN HALUAN TANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN

MAJLIS DAKWAH NEGARA DAN HALUAN TANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN

MAJLIS DAKWAH NEGARA DAN HALUAN TANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN

KENYATAAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

MAJLIS DAKWAH NEGARA DAN HALUAN TANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN
Usaha kerjasama menjayakan program kebajikan secara lebih bersinergi dan berkesan.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2020 – Satu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian melibatkan kerjasama antara Sekretariat Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Dakwah Negara (Majlis Dakwah Negara International Affairs Secretariat – MIAS) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) telah diadakan di Menara Pusat Islam, hari ini.

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri. Sementara Pengerusi MIAS, Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, dan Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman, telah mewakili pertubuhan masing-masing menandatangani dokumen-dokumen berkenaan.

Kerjasama ini antara lain bertujuan untuk membantu komuniti atau kawasan yang telah dikenalpasti, sama ada di peringkat lokal mahupun global, dalam bidang-bidang berkaitan kemanusiaan dan kebajikan, dakwah, latihan dan pembangunan insan, pendidikan, jaringan antarabangsa, serta wanita dan keluarga. Ia juga melibatkan gandingan usaha mengumpul dana bagi membiayai program-program tersebut.

Inisiatif ini merupakan satu projek rintis Majlis Dakwah Negara (MDN) agar kerja-kerja komuniti dan kebajikan dapat dilakukan secara lebih sinergi, mapan dan berkesan.

Sebagai sebuah NGO yang aktif dan berpengalaman dalam aktiviti kebajikan, pendidikan dan misi kemanusiaan sejak 30 tahun lalu, HALUAN akan berfungsi sebagai penggerak dalam melaksanakan program-program yang dirancang serta menggembleng tenaga pakar dan professional untuk menjayakannya.

Hubungi:
Sr. Hj. Mohd Sabbri Md Yudin
Emel: sabbri.mdyudin@haluan.org.my
Tel: 0192716364

#