fbpx

Kursus Kepimpinan Mantapkan Kefahaman

Kursus Kepimpinan Mantapkan Kefahaman

Kursus Kepimpinan Mantapkan Kefahaman

GONG KAPAS, TERENGGANU, 30 Mac 2012 –- HALUAN Cawangan Terengganu telah mengadakan Kursus Kepimpinan selama dua hari di Pejabat HALUAN Terengganu di sini. Seramai 70 orang ahli-ahli HALUAN dari seluruh negeri Terengganu menyertai kursus ini.

Kursus ini diadakan bagi memantapkan lagi komitmen ahli-ahli HALUAN Cawangan Terengganu dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim sebenar. Yang DiPertua HALUAN Cawangan Terengganu Tn Hj Ishak Yusof telah memulakan kursus ini dengan pembentangan kuliah bertajuk “Konsep Perhambaan Kepada Allah.” Beliau menekankan peri pentingnya semua amalan dilaksanakan dengan niat tulus kerana Allah dan menyedari bahawa syaitan itu adalah musuh utama kepada setiap amilin.

Lain-lain pengisian termasuklah kuliah yang bertajuk “Kesungguhan dan Komitmen Dalam Kerja-Kerja Islam” oleh Naib Yang DiPertua 2, Tn Hj Abdul Hadi Yusof dan juga “Persahabatan” yang telah disampaikan oleh Naib Yang DiPertua 1, Tn Hj Mohd Saufi Ismail.

Tn Hj Mohd Saufi telah memberi beberapa panduan untuk melahirkan jiwa yang sejahtera kepada sesama Muslim dan menjalin sikap saling mempercayai antara satu sama lain sehingga dapat mengutamakan seorang sahabat lebih daripada diri sendiri.

Pihak urusetia kursus singkat ini melahirkan harapan tinggi supaya semua ahli-ahli HALUAN Cawangan Terengganu tidak menyembunyikan sebarang masalah yang mereka hadapi, sebaliknya masalah-masalah tersebut perlu dikongsi supaya dapat diselesaikan bersama.


Laporan oleh Haji Nor Alias Mohamad