fbpx

Kolaborasi HALUAN dengan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah jayakan projek pertanian komersial Orang Asli

Kolaborasi HALUAN dengan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah jayakan projek pertanian komersial Orang Asli

Kolaborasi HALUAN dengan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah jayakan projek pertanian komersial Orang Asli

TASIK BANDING, PERAK, 10 Feb 2023 – Projek tanaman limau nipis secara komersial di plot pertanian orang asli di perkampungan Orang Asli Kampung Air Banun telah menampakkan kejayaan, di mana pokok-pokok dijangka akan mula menghasilkan buah dalam bulan April ini.

Usaha giat diteruskan bagi menjamin kelangsungan projek, terutama berkaitan jaminan bekalan air yang mencukupi dan berterusan. Masalah pengairan menjadi halangan besar untuk memastikan pokok tumbuh subur.

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim yang menjadi rakan kerjasama HALUAN dalam projek pembangunan orang asli di sini telah melancarkan kempen Kutipan Hari Jumaat di Pusat Dakwah dan Tarbiah Al-Jazari (PDTAJ) politeknik berkenaan demi mengumpul dana untuk projek pengairan tersebut. Hasil sumbangan akan digunakan untuk pembiayaan membina telaga tiub bagi menyedut air bawah tanah dengan menggunakan teknologi tenaga suria.

Sebanyak RM 4,200 berjaya dikumpul dalam kempen tersebut. Pengarah PDTAJ, Ustaz Muhammad Amin Hassan, telah menyerahkan hasil sumbangan kepada Ketua Biro Kebajikan HALUAN, Hj. Abd. Halim Khudri.

HALUAN mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua ahli jemaah solat Jumaat yang telah menghulurkan sumbangan. Orang ramai boleh turut menyertai projek kebajikan ini melalui akaun Maybank Islamic Berhad bernombor 5572 5506 2982. Hantarkan slip bayaran sumbangan anda ke 019 4644357.