
Kanak-kanak Pakistan Terima Bantuan Kasut Sekolah
SINDH, PAKISTAN, 25 Jan 2023 – Lebih 50 orang pelajar di Madrasah Shamsul Huda di perkampungan Alipur daerah Tando Muhammad Khan menerima bantuan kasut sekolah hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui HALUAN, serta Sabasun Hyperuncit dan Pertubuhan Asas Latihan Insan Falah Kuala Lumpur Dan Selangor (ALIF) baru-baru ini.
Ketibaan relawan HALUAN dan Jaza Ul Ihsan dinanti dengan penuh gembira, disambut dengan taburan kelopak bunga ros dan slogan selamat datang. Sebelum bermula agihan kasut, para pelajar disajikan dengan hidangan nasi beriani yang dianggap sebagai makanan mewah dalam kalangan masyarakat di sini. Apatah lagi, mereka merupakan masyarakat miskin yang juga terjejas dalam musibah banjir besar yang melanda wilayah berkenaan baru-baru ini.
Semoga segala sumbangan anda dapat membangkitkan semangat mereka untuk terus mendapatkan pendidikan, walaupun terpaksa berhadapan ujian kemiskinan dan bencana banjir.





Teruskan sumbangan ikhlas anda melalui pautan di bawah:
CARE4PAKISTAN FLOOD
Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.
ATAU
Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamik Berhad
562263502611
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN)
Bank Islam Malaysia Berhad
14023010025718
Sila hantar mesej pengesahan kiriman derma anda ke nombor telefon wa.me/601120511909. untuk tujuan rekod dan permintaan resit.
Laporan media HALUAN