fbpx

Pendidik Cekal Teruskan Pendidikan Pasca Banjir Besar

Pendidik Cekal Teruskan Pendidikan Pasca Banjir Besar

Pendidik Cekal Teruskan Pendidikan Pasca Banjir Besar

SINDH, PAKISTAN, 26 Jan 2023 — Para pentadbir dan guru Madrasah Arbia Riaz Ul Quran di perkampungan Usman Shah Waya di sini cekal meneruskan kelas pengajian walaupun sebahagian besar bangunan dan fasiliti sekolah rosak akibat banjir besar yang melanda Pakistan Oktober lepas.

Dalam kunjungan HALUAN ke sekolah tersebut, para pelajar menerima sumbangan jaket tebal untuk kegunaan seharian mereka. Rata-rata suhu di daerah ini berada dalam cuaca sejuk di bawah 10 darjah Celcius, dan kemudahan bekalan elektrik amat terbatas.

Semua kelengkapan serta kemudahan termasuk lebih 10 buah komputer, perabot, dan padang permainan rosak apabila tebing pagar sekolah roboh dan air memasuki seluruh kawasan sekolah selama hampir tiga bulan. Kini para pelajar kembali ke sekolah dan meneruskan pendidikan dengan seadanya. Beberapa subjek seperti kelas asas komputer tidak dapat diteruskan.

Selain memberi pendidikan kepada masyarakat setempat, sekolah ini turut menyediakan sebuah pusat perubatan di mana pesakit boleh mendapatkan rawatan dan ubat secara percuma. Khidmat perubatan mendapat sambutan yang sangat tinggi apabila penyakit bawaan air meningkat selepas banjir.

HALUAN dengan kerjasama Jaza Ul Ihsan berusaha untuk memulih fasiliti di sini memandangkan ia merupakan institusi pendidikan yang penting untuk anak-anak miskin melanjutkan pelajaran.

Dari 14 Jun hingga Oktober 2022, banjir di Pakistan telah mengorbankan 1,739 orang, dan menyebabkan kemusnahan sebanyak US$14.9 bilion dan $15.2 bilion kerugian di segi ekonomi. Punca langsung banjir berkenaan adalah turunnya hujan monsun lebih lebat daripada biasa serta pencairan glasier  akibat gelombang haba yang teruk, yang kedua-duanya dikaitkan dengan perubahan iklim.

Banjir itu adalah banjir paling dahsyat di dunia sejak banjir Asia Selatan 2020 dahulu dan disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah negara berkenaan yang turut dilanda krisis ekonomi yang meruncing. Pada 25 Ogos, Pakistan telah mengisytiharkan darurat kerana musibah banjir tersebut.


CARE4PAKISTAN FLOOD

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

ATAU

Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN

Maybank Islamik Berhad

562263502611

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN)

Bank Islam Malaysia Berhad

14023010025718

Sila hantar mesej pengesahan kiriman derma anda ke nombor telefon wa.me/601120511909 untuk tujuan rekod dan permintaan resit.


Laporan media HALUAN