fbpx

Jemputan Sertai Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI) 2015

Jemputan Sertai Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI) 2015

Jemputan Sertai Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI) 2015

BANDAR BARU BANGI, 6 Oktober 2015 — Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI) adalah merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Akademi Penyelidikan HALUAN dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP). Seminar ini bertujuan menyediakan platform bagi penyelidik membentangkan dan berkongsi hasil dapatan kajian dalam skop pembangunan modal insan khususnya di Malaysia.


Menurut Pengarah SEMAI 2015, Encik Abu Ubaidah Sharudin, seminar kali ke tujuh ini akan diadakan pada 16 November 2015 pada hari Isnin di Dewan Seminar, Ibu Pejabat HALUAN, Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Di antara satu impian pencapaian wawasan 2020, ialah mewujudkan sebuah negara maju serta harmoni. Demi mencapai impian tersebut pelbagai aspek perlu dilihat secara seimbang terutamanya dalam pembentukan modal insan bagi menghasilkan masyarakat yang maju dan harmoni ini. Ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek seperti masyarakat berbilang kaum, pembangunan belia dan remaja, kekeluargaan, ekonomi, kemudahan, penyusunan masyarakat dan lain-lain. Oleh itu, tema SEMAI 2015 kali ini ialah “Integriti Pemangkin Generasi yang Mapan,” tegas beliau.

Justeru itu, SEMAI 2015 menjemput anda untuk menyertai dan membentang kertas kerja dalam ruang lingkup pembanguan modal insan meliputi skop tajuk-tajuk berikut:

(a) Pengajaran & Pembelajaran
(b) Kemahiran Kendiri (Softskill)
(c) Motivasi
(d) Kaunseling / Psikologi
(e) Pengurusan
(f) Institusi Pengajian Tinggi
(g) Perspektif Islam
(h) Kewanitaan atau perbezaan gender
(i) Kekeluargaan
(j) Pendidikan awal / kanak-kanak / remaja
(k) Gejala Sosial
(l) Ancaman Siber
(m) Badan Bukan Kerajaan (NGO)
(n) Sains dan Teknologi
(o) Pengurusan Pembangunan Modal Insan
(p) Siasah / Sains Politik

Tarikh-tarikh Penting Seminar:

Tarikh Akhir Pendaftaran Peserta: 21 Oktober 2015
Tarikh Seminar: 16 November 2015
 *Penghantaran abstrak masih diterima

Yuran Penyertaan

Pembentang / Peserta: RM 250.00
Peserta (pelajar): RM 50.00

Maklumat lanjut mengenai seminar boleh didapati di laman web

http://www.semai.haluan.org.my

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung terus kepada AJK SEMAI 2015:

Abu Ubaidah Sharudin : 0194230353
Wan Nuha Wan Mansor: 0182409893