fbpx

Israel Persiap Perang Besar Ke Atas Gaza?

Israel Persiap Perang Besar Ke Atas Gaza?

Israel Persiap Perang Besar Ke Atas Gaza?

GAZA CITY, 9 Sept 2012 — Situasi di Gaza beberapa bulan di kebelakangan ini memang tidak seperti lazimnya. Keadaan lazim yang boleh dikatakan damai dengan serangan tentera Zionis pada kadar hanya tiga hingga empat kali sebulan itu sudah semakin menjadi kerap akhir-akhir ini.

Sejak tahun 2010, kami tinggal di Gaza untuk mengurus pembangunan Rumah Sakit Indonesia (RSI) di Beit Hanoun. Berbagai situasi sering kami alami di daerah sekatan embargo ini. Sejak pengakhiran Ramadhan hingga ke saat ini, serangan zionis Yahudi semakin kerap terjadi, tidak sebagaimana semasa Ramadhan 1433H di mana situasi cukup tenang dan hanya sekitar dua kali mereka menyerang Gaza.

Berbeza dengan Ramadhan-Ramadhan sebelum ini di mana terjadinya peningkatan serangan terhadap Gaza kerana biasanya tentera Zionis akan mensasarkan kumpulan pejuang serta terowongan urat nadi perekonomian di Gaza bertujuan melemahkan ekonomi Gaza. Namun sangat berbeza dengan Ramadhan kali ini; suasana boleh dikira cukup tenang dengan tidak banyak penyerangan.

Yang terbaru adalah serangan roket pejuang dari Gaza pada Ahad 9 September yang jatuh di daerah Netivot, selatan tanah Palestin yang dijajah, menyebabkan dua buah rumah hancur dan sekitar 13 warga Yahudi cedera.

Biasanya, tentera Zionis Yahudi akan terus membalas dengan menyerang kembali Gaza dengan serangan yang lebih besar, namun yang terjadi justeru sebaliknya. Sehingga senja Ahad itu, tidak ada serangan balasan daripada rejim pengganas Zionis dan yang ada hanyalah peningkatan jumlah pesawat-pesawat tanpa juruterbang mereka hilir mudik di langit Gaza.

Keterjerlusan roket tersebut membuktikan kegagalan serta kelemahan pertahanan Israel sendiri. Israel yang memiliki sistem pertahanan iron dome yang boleh mengesan dan menghancurkan setiap roket sebelum ianya mendarat ternyata tidak sehebat yang digembar-gemburkan. Bahkan sebelum senjata ini digunakan, media Zionis Yahudi menyatakan bahawa negara haram itu akan aman dengan adanya alat tersebut. Namun pada hakikatnya, banyak roket dari Gaza yang jerlus tanpa dapat ditangkis oleh iron dome tersebut.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sendiri mengecam serangan tersebut dan mengatakan bahawa Gaza akan membayar setiap tindakan yang mereka lakukan sebagaimana mereka telah membayarnya pada waktu perang 2008/9 yang lalu.

Sementara itu beberapa sumber di Gaza menyatakan bahawa tentera Zionis sedang memperkasakan pasukan tentera daratnya di perbatasan sebelah timur Gaza. Sekitar 500 buah kereta kebal telah bersiap sedia dengan peralatan berat dan menanti di perbatasan tersebut. Entah apa yang akan dilakukan Zionis terhadap Gaza. Apakah mereka sedang bersiap untuk perang yang lebih besar? Wallahu’alam. Semoga Allah SWT menghancurkan musuh-musuhNya dan memberikan pertolongan terhadap para penjaga tanah waqaf kaum muslimin ini.

Para mujahid Islam di Gaza juga sedang menanti dengan persiapan mereka sendiri dengan hati gembira. Itulah saat yang mereka sedang menanti sekian lama untuk berjihad dan syahid sambil memalukan rejim Zionis Yahudi yang Tuhan telah melaknati mereka turun-temurun. Bagi pejuang-pejuang ini, akhirannya tetap sama – samada gembira meraih kemenangan menentang musuh ataupun gembira kerana syahid mempertahankan agama yang benar.


Laporan Abdillah Onim, relawan MER-C Indonesia sebagai wakil MediaHALUAN di Gaza.