fbpx

HALUAN Tandatangani Kerjasama Dakwah, Pendidikan dan Kebajikan Dengan USIA Kunak

HALUAN Tandatangani Kerjasama Dakwah, Pendidikan dan Kebajikan Dengan USIA Kunak

HALUAN Tandatangani Kerjasama Dakwah, Pendidikan dan Kebajikan Dengan USIA Kunak

Kunak, Sabah, 08 Disember 2009 – HALUAN dan United Sabah Muslim Association (USIA) Cawangan Kunak, Sabah telah menandatangani suratminat kerjasama untuk melaksanakan kerjasama dakwah, pendidikan dan kebajikan untuk masyarakat Islam di Sabah khususnya di Bahagian Kunak.


Dalam Majlis Menandatangani perjanjian tersebut, HALUAN Malaysia diwakili oleh Naib Presiden 3, Dr. Azizan Bin Ahmad dan USIA telah diwakili oleh Ketua USIA bahagian Kunak, En Arif Datuk Seri Panglima Salim. Majlis ini juga disaksikan oleh Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman dan juga ADUN Kunak, YB Datuk Nilwan Kabang.

Presiden, Setiausaha Agung dan 5 orang Exco HALUAN telah melakukan lawatan kerja selama 5 hari bermula dari 4hb hingga 8hb Disember ke Negeri Sabah dalam rangka memantapkan organisasi HALUAN Cawangan Negeri Sabah yang baru diluluskan pendaftarannya. Di dalam lawatan ini perbincangan dan pengkongsian pengalaman di antara Pimpinan HALUAN Pusat dengan pimpinan HALUAN Negeri Sabah telah diadakan. Rumusan daripada lawatan ini, Presiden HALUAN telah memberi penghargaan dan tahniah kepada HALUAN Cawangan Negeri Sabah kerana walaupun baru ditubuhkan, ianya telah berjaya melaksanakan banyak program kemasyarakatan kepada penduduk Sabah sesuai dengan slogan HALUAN, iaitu Berakhlak, Mendidik dan Berbakti.

Rombongan HALUAN Pusat ini juga di bawa melawat tapak Perkampongan Tersusun Kunak Jaya 3, di mana HALUAN Sabah diamanahkan untuk membantu agensi kerajaan membangun dan menyusun semula perkampongan atas air suku Bajau Laut (Pulao,) termasuk di Kampong Pangi dan Kampong Pangi Hujung.