fbpx

HALUAN Raikan Dermawan Program Huffaz Ramadhan di Sarawak

HALUAN Raikan Dermawan Program Huffaz Ramadhan di Sarawak

HALUAN Raikan Dermawan Program Huffaz Ramadhan di Sarawak

PUTRAJAYA, SARAWAK, 9 September 2012 — Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini mencipta sejarah tersendiri bagi HALUAN Malaysia dalam mengembangkan agenda mendidik dan berbakti kepada masyarakat tempatan apabila satu majlis keraian dan sambutan Hari Raya telah berjaya diadakan di sini.

Beberapa orang pemimpin HALUAN termasuk Presiden, Dr Hj Abdullah Sudin Ab Rahman, Setiausaha Agung, Hj Mohd Ghani Salleh dan beberapa orang lagi Ahli Jawatankuasa Pusat bersama ahli-ahli HALUAN di sini telah meraikan masyarakat setempat yang telah bersama-sama menjayakan Program Ramadhan Bersama Huffaz Palestin, Syria dan Somalia sepanjang bulan Ramadhan baru lalu.

Majlis keraian ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara barisan pemimpin HALUAN dan ahli-ahli HALUAN yang menetap di Sarawak dan juga individu dan organisasi yang bekerjasama menyampaikan mesej dakwah dan kebaikan di Bumi Kenyalang ini.

Dalam ucapan aluannya, Dr Abdullah Sudin turut menerangkan keadaan semasa yang sedang berlaku di Palestin. Beliau juga memberi penjelasan tentang perancangan dan program-program HALUAN dalam membantu rakyat Palestin.

Majlis keraian dan jamuan ini telah diserikan dengan acara penyampaian sijil dan cenderahati kepada para imam yang mewakili masjid-masjid yang menjayakan Program Ramadhan Bersama Huffaz Palestin, Syria dan Somalia.

Semoga usaha murni ini membangkitkan kehangatan masyarakat di Sarawak bersama HALUAN dalam mendidik dan berbakti kepada semua golongan masyarakat.