fbpx

HALUAN Pahang Agih Bantuan Banjir di Tasik Chini

HALUAN Pahang Agih Bantuan Banjir di Tasik Chini

HALUAN Pahang Agih Bantuan Banjir di Tasik Chini

TASIK CHINI, PEKAN, 14 Jan 2024 — Sekitar 50 keluarga mangsa banjir di sekitar Tasik Chini menerima bantuan berbentuk bakul makanan, kit kebersihan diri dan keperluan ibadah daripada HALUAN Pahang.

Dalam majlis yang diadakan di balai raya Kampung Gumum, keluarga mangsa yang telah pulang ke rumah masing-masing setelah air mula surut hadir menerima bantuan. Antara mereka termasuk 12 keluarga bukan Islam serta lapan petugas di Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang turut menjadi mangsa banjir. Yang Dipertua HALUAN Pahang, Ts. Dr. Mohd Shafie Bakar, dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Hasom Ismail, hadir menyampaikan ucapan aluan dan mengagihkan bantuan.

HALUAN juga menyantuni 30 keluarga orang asli di Kampung Cendahan, Kampung Tanjung Puput dan Kampung Tanjung Sambit. Seramai 16 sukarelawan menyewa bot tempatan untuk menyeberang ke pulau dan mengagihkan bantuan.

Pihak PPS mencadangkan supaya HALUAN dapat membantu keluarga orang asli yang rumah mereka tidak dinaiki air tetapi sumber pendapatan mereka terjejas akibat banjir. 

—-

Laporan Bilik Gerakan Banjir HALUAN Pahang