fbpx

HALUAN Ganding Bantu Mangsa Banjir Narathiwat

HALUAN Ganding Bantu Mangsa Banjir Narathiwat

HALUAN Ganding Bantu Mangsa Banjir Narathiwat

NARATHIWAT, THAILAND, 13 Jan 2024 – HALUAN telah bergandingan dengan Persatuan Cakna Ummah (PACU) dari Terengganu mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir besar di wilayah Narathiwat. Misi bantuan tersebut dilaksanakan bersama Yayasan Pendidikan dan Penyembuhan Anak Yatim (FECO) dan A-Khidmat dari Thailand.

Banjir terburuk sejak 60 tahun melanda selatan Thailand susulan hujan lebat di empat wilayah iaitu Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla akhir Disember lalu. Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand melaporkan 58,497 keluarga di 32 daerah terkesan akibat bencana ini.

Lebih 40 sukarelawan telah mengagihkan bantuan dalam bentuk bekalan makanan asas, naskah al-Quran dan kelengkapan tempat tidur seperti alas dan selimut kepada 250 orang penduduk di daerah In Cho Airong dan Rangae, melibatkan perkampungan Bagota, Bagosato, Batu Bue Sa, Buenae Ku Po dan Ban Kampong Pare dan sekitar Sipo Waterfall National Park.

Misi bantuan itu diketuai Setiausaha Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Encik Mohd Jamil Muda dan turut disertai oleh Ketua Biro Misi Kemanusiaan, Prof. Dr. Mohtar Ibrahim serta 35 ahli HALUAN daripada cawangan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah. Seramai tujuh orang ahli PACU turut berbakti.

Mereka memasuki sempadan Malaysia-Thailand melalui Rantau Panjang di Sungai Golok. Ketibaan mereka telah disambut oleh bekas Timbalan Pegawai Daerah Sungai Golok merangkap Ketua Hubungan Malaysia-Thailand, Naib Presiden Pentadbiran Wilayah Narathiwat, dan Ahli Parlimen Narathiwat.

Pengerusi FECO, Puan Tasneen Jehtu amat menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada semua relawan dan rakyat Malaysia yang prihatin membantu meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat bencana tersebut.

—-

Laporan Biro Misi Kemanusiaan 

HALUAN Malaysia