fbpx

HALUAN Bantu Sara Hidup Anak Yatim Palestin-Syria

HALUAN Bantu Sara Hidup Anak Yatim Palestin-Syria

HALUAN Bantu Sara Hidup Anak Yatim Palestin-Syria

BEIRUT, 25 Apr 2017 — Seramai 100 orang anak yatim Palestin-Syria yang menumpang hidup di kem pelarian Ein El-Hilweh telah menerima wang sara hidup untuk bulan Mac dan April tajaan masyarakat prihatin Malaysia.

Bantuan ini merupakan serahan dwi-bulanan yang disampaikan melalui kerjasama Al-Sarraa Foundation sejak tahun 2014, di mana setiap anak yatim menerima US$50 sebulan untuk kelangsungan hidup dan mendapatkan keperluan asas terutamanya susu, makanan dan ubatan.

Anak-anak yatim ini merupakan pelarian Palestin yang pernah menumpang hidup di Syria dan terpaksa sekali lagi menjadi pelarian akibat peperangan yang masih berlarutan di negara tersebut. Mereka kematian bapa, ibu atau ditinggalkan kerana peperangan.

HALUAN mendoakan rahmat bagi mereka dan semoga Allah SWT juga merahmati anda para penderma yang telah menaja mereka dengan kebaikan yang berterusan. Sungguh suatu kehormatan tersendiri bagi para pemelihara anak yatim kerana dijanjikan menjadi orang yang berdamping dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak, sebagaimana disebut dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Abu Dawud dan Tirmidzi:

Dari Sahl bin Sa’ad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Aku dan orang yang menanggung anak yatim di syurga seperti ini (Baginda mengisyaratkan kedua jari telunjuknya dan jari tengah sambil membuka keduanya).

Dapatlan maklumat lanjut berkaitan Kempen Penajaan Anak Yatim Palestin-Syria
http://www.haluan.org.my/v5/berita-haluan/86-haluan-pusat/2234-anak-yatim-palestin-syria-lapar-sejuk


Laporan Biro HALUAN Palestin