Tips Keluarga Bahagia #2: Kita tidak diciptakan mampu membaca hati pasangan kita.

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Tips Keluarga Bahagia #2: Kita tidak diciptakan mampu membaca hati pasangan kita.

23/09/2023 @ 8:00 AM - 5:00 PM

“Kita dah setahun berkahwin, takkan awak tak boleh faham lagi perasaan saya!”

Antara kesalahan pasangan berkahwin adalah menganggap pasangan kita mampu memahami kita, mampu membaca gaya bahasa tubuh kita. Percayalah, TIDAK semua orang mempunyai kuasa itu.

Berinteraksilah bersama pasangan, bahkan dengan anak-anak. Berinteraksi mampu membenam semua prasangka, interaksi mampu membina kemesraan dan hubungan hati. Berbuallah dalam apa sahaja perkara, daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Jadikan diri anda sebagai tempat pasangan dan anak-anak meluahkan perasaan dan masalah. Jadikan diri anda tempat anak-anak dan pasangan meletakkan kepercayaan. Kerana jika anda tidak mengambil peranan itu, maka mereka akan menjadikan orang lain sebagai sandaran.

Jika kita mahukan kita dirasakan penting di dalam keluarga, maka kita mestilah jadikan diri kita sebagai penting.

Ia adalah sebuah komitmen!
_

Online Donation

Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my

Details

Date:
23/09/2023
Time:
8:00 AM - 5:00 PM

Share: