fbpx

Tips Keluarga Bahagia #1: Rancang masa untuk bersama keluarga.

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Tips Keluarga Bahagia #1: Rancang masa untuk bersama keluarga.

22/09/2023 @ 8:00 AM - 5:00 PM

Masa untuk bersama keluarga perlu dirancang. Apabila suami dan isteri masing-masing sibuk dengan kerjaya dan kegiatan setiap hari, kadang-kadang tiada lagi masa tersisa untuk diluangkan bersama pasangan. Bahkan kadang-kadang kita tidak sedar pun bahawa masa harian berlalu begitu sahaja. Tanpa sesuatu yang bermakna bersama keluarga.

Interaksi dan kemesraan kian menghilang, sehingga tiada lagi nikmat berumahtangga. Apalah makna keluarga, sekiranya semuanya dilakukan bersendirian.

Pastikan anda menyediakan masa setiap hari untuk bersama keluarga, hanya untuk keluarga. Tinggalkan telefon bimbit anda, tinggalkan hobi anda, buat sementara waktu. Jadikan masa itu KHAS untuk keluarga anda.

Suatu hari ketika Safiyah RA mencari Baginda SAW kerana ingin meluahkan masalah yang dihadapinya. Lalu Safiyyah RA mendapati Baginda SAW sedang beriktikaf di masjid. Apabila menyedari Saffiyah RA datang, Baginda SAW terus melapangkan masa untuk mereka berbincang sehingga selesai dan menemani Safiyyah RA pulang ke rumah.

Inilah contoh bagaimana Rasulullah SAW tidak menjadikan kesibukan Baginda sebagai alasan untuk tidak berbincang dengan isteri Baginda SAW. Apa lagi memarahi isterinya kerana menggangu ibadah Baginda.

Lapangkan masa anda untuk bersama keluarga.

Ia adalah sebuah komitmen.

_

Online Donation

Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my

Details

Date:
22/09/2023
Time:
8:00 AM - 5:00 PM

Share: