fbpx

Etika Batuk & Bersin

Etika Batuk & Bersin

Etika Batuk & Bersin

Hentikan penyebaran kuman, terapkan etika batuk dan bersin.

Langkah?

  1. Mask wajib pakai
    Terutamanya jika anda menghidap sebarang penyakit berjangkit
  2. Guna lengan baju di siku jika tiada Mask
    Ini adalah cara terbaik untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin berbanding menggunakan tangan kerana tangan merupakan anggota badan yang paling utama menyebabkan penyebaran virus kepada badan sendiri atau orang lain.
  3. Guna tisu & buang tisu
    Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dengan serta-merta. Kuman pada tisu boleh terus hidup untuk beberapa jam.
  4. Sabun tangan & lengan selalu
    Cuci tangan hingga ke lengan dengan sabun dan air bersih untuk menghalang penyebaran bakteria.
  5. Berpaling semasa Batuk & Bersin
    Tidak menghadap muka orang lain semasa batuk atau bersin.

Ingat!

Tutup mulut dan hidung anda ketika batuk atau bersin.
Mari bersama kita cegah wabak COVID-19.

#StayAtHome

#KitaJagaKita

#MalaysiaBebasCovid19

__
Help for Healthworkers (H4H)
https://HelpforHealthworkers.wasap.my