Artikel

Warga Seberang Jaya, P.Pinang Turut Prihatin Terhadap Kesengsaraan Rakyat Gaza

Permatang Pauh, 18 April – Masyarakat di Seberang Jaya tanpa mengira bangsa dan agama bersatu menzahirkan keprihatinan mereka terhadap rakyat Gaza yang sedang berhadapan dengan krisis kemanusiaan akibat kekejaman rejim Zionis Israel. Mereka menyokong dan membantu usaha konvoi bantuan melalui projek “Lifeline 4 Gaza” dengan menghulurkan bantuan dana di samping menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan …

Pelajar Maahad Di Pahang Berkongsi Informasi Projek Lifeline4Gaza

Penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin di Gaza yang dipaparkan melalui program roadshow “Lifeline 4 Gaza” talian hayat untuk Gaza, menerobos tembok kematian, oleh HALUAN Palestin turut dikongsi dan dirasai bersama oleh pelajar-pelajar sekolah di Negeri Pahang. Isu Palestin ini bukan sahaja perlu didedahkan kepada masyarakat umum, namun perlu juga didedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah bagi meningkatkan …

Mivtza Oferet Yetzuka

Perkataan di atas adalah sangat asing bagi kita semua. Namun ianya sangat popular di kalangan rejim pengganas Zionist Israel yang sentiasa dahagakan darah pejuang-pejuang kebebasan Palestin dan Al Quds dan realiti beberapa tahun yang lalu menunjukkan mereka sangat dahagakan darah setiap penduduk Palestin terutamanya di Gaza tanpa mengira usia. Apakah sebenarnya Mivtza Oferet Yetzuka? Ianya …

NGO-NGO Malaysia Dan Wakil IHH Turki Lancar Projek Lifeline 4 Gaza

KUALA LUMPUR, Selasa 13 April — Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menyertai usaha konvoi antarabangsa bagi tujuan menerobos sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis Israel dan menghantar barangan keperluan asas kepada penduduk Gaza yang sekian lama dihalang daripada mendapatkan bantuan kemanusiaan yang sangat mereka perlukan. Beberapa NGO bersatu dan bekerjasama menganjurkan program-program dalam usaha …

Warga Seberang Jaya Turut Prihatin Terhadap Kesengsaraan Rakyat Gaza

Warga Seberang Jaya Turut Prihatin Terhadap Kesengsaraan Rakyat Gaza

Permatang Pauh, 18 April – Masyarakat di Seberang Jaya tanpa mengira bangsa dan agama bersatu menzahirkan keprihatinan mereka terhadap rakyat Gaza yang sedang berhadapan dengan krisis kemanusiaan akibat kekejaman rejim Zionis Israel. Mereka menyokong dan membantu usaha konvoi bantuan melalui projek “Lifeline 4 Gaza” dengan menghulurkan bantuan dana di samping menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan …

Kekejaman dan pencabulan di penjara Israel berterusan

Gerakan-gerakan perlawanan Palestin akan menangkap lebih ramai tentera Zionis Israel untuk dijadikan tahanan sekiranya dunia terus tidak memperdulikan isu penyeksaan yang berterusan dilakukan ke atas tahanan Palestin di dalam penjara-penjara dan pusat-pusat tahanan tentera Zionis Israel. Khamis lalu, Jurucakap Kanan Kerajaan Gaza, Sami Abu Zuhri menyebut bahawa dunia hanya memberi perhatian kepada  dengan isu pembebasan …

Charity Lunch Save Palestine Mendapat Sambutan di Kota Bharu

Kota Bharu , 27 Mac– Dengan bertemakan Menerobosi Tembok Kematian, Biro HALUAN Palestin dengan kerjasama Kolej Teknologi Darul Naim, HALUAN Kelantan dan Sekretariat Misi Cakna Palestin telah berjaya menganjurkan Majlis Charity Lunch Save Palestin di Hotel New Pacific, Kota Bharu. Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu terhormat Timbalan Menteri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad …

Kenyataan Netanyahu: Jerusalem adalah Negara Bagi Kami

Walaupun terus menerima kecaman antarabangsa yang datang bertubi-tubi akan tindakan Israel dalam isu pembangunan ribuan pemukiman baru di Jerusalem, namun kerajaan Israel terus bersikap tidak peduli dan ambil kisah. Sebaliknya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menegaskan hak Israel untuk melakukan pembangunan di Jerusalem, setelah berdiskusi dengan Amerika Syarikat berkaitan perancangan pembangunan rumah baru di …

Kanak-kanak Sepanyol: Hentikan Pembunuhan Rakyat Palestin

Kedutaan Israel di Sepanyol baru-baru ini menerima ratusan keping surat yang dihantar oleh kanak-kanak sekolah yang menentang tindakan dan layanan Israel terhadap rakyat Palestin. Salah satu daripada surat-surat tersebut telah dihantar oleh Rafael Shotz yang bertanyakan, “Berapa orang raykat Palestin yang telah kamu bunuh hari ini?” Tulisan dalam satu surat yang lain berbunyi, “Tuan Embasador, …

Israel Mempersiapkan Yahudisasi Al Quds

Ahli Parlimen Palestin, Fadl Hamdan, mendedahkan perancangan Israel untuk membina penempatan baru di atas tanah Palestin yang mereka rompak di daerah kejiranan Beit Safafa, selatan Jerusalem. Dalam satu kenyataan media yang diterbitkan Isnin lalu, beliau memberi amaran bahawa perancangan Israel tersebut adalah bertujuan merampas lebih banyak tanah milik Palestin dan seterusnya membawa masuk lebih ramai …