fbpx

Kanak-kanak Sepanyol: Hentikan Pembunuhan Rakyat Palestin

Kanak-kanak Sepanyol: Hentikan Pembunuhan Rakyat Palestin

Kedutaan Israel di Sepanyol baru-baru ini menerima ratusan keping surat yang dihantar oleh kanak-kanak sekolah yang menentang tindakan dan layanan Israel terhadap rakyat Palestin. Salah satu daripada surat-surat tersebut telah dihantar oleh Rafael Shotz yang bertanyakan, “Berapa orang raykat Palestin yang telah kamu bunuh hari ini?”

Tulisan dalam satu surat yang lain berbunyi, “Tuan Embasador, tuan harus berfikir bagaimana untuk tidak membunuh kanak-kanak dan orang-orang tua Palestin. Saya tidak pasti samada (perkara) ini tidak memberi sebarang peduli kepada tuan, (iaitu) untuk membunuh manusia. Tuan harus beredar meninggalkan Palestin.” Tindakan kanak-kanak Sepanyol telah membangkitkan kemarahan daripada kerajaan haram Israel, dengan menuduh kerajaan Sepanyol sebagai menggalakkan “anti-Semitik.” Pegawai-pegawai Kementerian Luar Israel mendakwa surat-surat bertulisan tangan itu menunjukkan penulisnya berumur dalam lingkungan 6 hingga 9 tahun, dan mengkritik pihak berkuasa Sepanyol kerana memberi kebenaran kepada aktiviti “anti-Semitik” dan “anti-Israel” untuk beroperasi di sekolah. Pada mulanya kerajaan Israel membuat keputusan untuk memanggil Embasador Sepanyol di Israel, Alvaro Iranzo. Namun mereka menukar strategi dengan hanya menalipon pegawai berkenaan untuk menyatakan bantahan. Dalam kenyataannya, Timbalan Pengarah Kementerian Luar Israel, Naor Gilon menyatakan bahawa “Israel sangat sedih (dengan kejadian penulisan surat oleh kanak-kanak Sepanyol).” Bagaimanapun, Embasador Sepanyol membantah dengan menyatakan bahawa kejadian penulisan surat-surat berkenaan tidak termasuk dalam mana-mana program Kementerian Pendidikan Sepanyol, tetapi ianya digerakkan oleh individu-individu tertentu. Israel menutup semua pintu masuk ke Gaza sejak lebih dua tahun lalu. Sekatan yang dikenakan oleh Israel dan sekutunya itu semakin diketatkan sejak tahun 2007, memberi impak yang teruk ke atas situasi kemanusiaan dan ekonomi Gaza. Seramai 1.5 juta penduduk Gaza dinafikan hak-hak asasi mereka, termasuklah kebebasan untuk bergerak, mendapatkan kerja, perubatan, mahupun pendidikan. Kadar kemiskinan dan pengangguran adalah sekitar masing-masing 80% dan 60%. Keadaan semakin teruk dengan serangan selama 3 minggu akhir tahun 2008 yang menyebabkan kematian seramai lebih 1400 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan kemusnahan teruk instrastruktur awam. Serangan brutal oleh Israel itu telah memusnahkan lebih kurang USD1.6 bilion ekonomi Gaza. Kedutaan Israel di Madrid juga telah menerima surat-surat daripada pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty, supaya menghentikan sekatan ke atas Gaza dan menyelesaikan isu-isu kritikal yang dihadapi oleh penduduk Gaza, termasuklah masalah bekalan air bersih.  (mn/Hareetz/PressTV)