Biro Pengajian Tinggi

Biro Pengajian Tinggi

Biro Pengajian Tinggi HALUAN yang ditubuhkan pada tahun 2009 adalah merupakan sebuah biro di bawah HALUAN Malaysia yang bertujuan mengumpul ahli-ahli akademik dan para pentadbir institusi pengajian tinggi untuk mencapai visi dan misi HALUAN.

Keanggotaan Biro Pengajian Tinggi terhad kepada ahli-ahli akademik dan para pentadbir insitusi pengajian tinggi yang berdaftar sebagai ahli HALUAN sahaja.

Objektif utama biro ini adalah untuk

menjana kecemerlangan akademik dan kerjaya staf IPT,
meningkatkan kecemerlangan akademik, tarbiyah dan kerjaya pelajar IPT,
meningkatkan prestasi penyelidikan, penerbitan dan pengajaran dikalangan ahli,
meningkatkan prestasi dalam khidmat masyarakat dan pendidikan terutama kepada IPS, dan
membantu Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) sebagai IPT angkat HALUAN dari sudut kepakaran dan pentadbiran akademik.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Biro Pengajian Tinggi ini termasuklah

Penjanaan kecemerlangan akademik mahasiswa dan kerjaya staf universiti.

  • Kursus pembangunan insan untuk anggota.

Pusat sumber untuk penyelidikan dan rujukan akademik.

  • Penerbitan Jurnal Pembangunan Insan.
  • Penerbitan buku-buku Pembangunan Insan

Peningkatan prestasi penyelidikan, penerbitan, dan pengajaran di kalangan anggota

  • Seminar dan bengkel penyelidikan (Seminar Modal Insan)
  • Projek penyelidikan bersepadu pembangunan kepemimpinan masa depan
  • Seminar dan bengkel pengajaran
  • Seminar dan bengkel penulisan akademik

Peningkatan prestasi dalam khidmat masyarakat dan pendidikan.

  • Jaringan masyarakat
  • Motivasi mahasiswa dan pentadbir universiti (dengan kerjasama Kelab-kelab di bawah HALUAN)