fbpx

Bantuan Awal Keperluan Asas Mula Diagihkan di Gaza

Bantuan Awal Keperluan Asas Mula Diagihkan di Gaza

Bantuan Awal Keperluan Asas Mula Diagihkan di Gaza

GAZA CITY, 19 Okt 2023 — Sedikit sumbangan kita, tetapi amat bermakna buat penduduk Gaza yang berjuang mengharungi kehidupan di bawah serangan tanpa henti tentera penjajah zionis. Alhamdulillah, sebahagian daripada sumbangan anda untuk mereka telah disalurkan, melalui kerjasama HALUAN dan Yayasan al-Quds di bawah kempen 4UGaza.

Agihan kotak barangan keperluan asas berisi tisu basah, tisu kering, makanan dalam tin dan juga roti telah diagihkan di tiga buah sekolah di kejiranan al-Zaytoun di selatan Gaza City, yang menjadi tempat berteduh lebih 7,000 mangsa serangan apabila rumah mereka musnah dibom zionis.

HALUAN mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada para penderma. Semoga Allah memberi semua kebaikan dan keselamatan di dunia dan akhirat, dan tentunya sumbangan anda amat bermakna buat mereka di saat getir ini.

Penduduk Gaza yang dihujani serangan tentera zionis terpaksa mengharungi hidup dengan penuh ketidakpastian, tanpa sebarang keperluan asas.

Sejak mula mereka menyerang Gaza pada 8 Oktober lepas, rejim zionis menyekat kemasukan semua keperluan asas termasuk makanan, air, elektrik, bahan api dan ubat-ubatan. Bahkan mereka turut mengebom kawasan pintu lintasan Rafah di sempadan Mesir, sekaligus menghalang perjalanan keluar-masuk Gaza sehingga semua penduduk dan pesakit terperangkap. Tindakan mereka jelas menyanggahi peraturan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengutamakan jiwa dan keselamatan orang awam. Tetapi zionis Israel tidak mempeduli.

Penduduk Gaza amat memerlukan doa dan bantuan kita. Mereka saudara seagama kita. Tidak mungkin kita abaikan mereka. Tidak kira sekecil mana sekalipun sumbangan kita, ia akan dapat mengubat keperitan mereka, bahawa masih ada golongan setia membantu mereka dari jauh.

Teruskan menyumbang secara dalam talian di:
https://www.haluan.org.my/donations/gaza-emergency-appeal-2023/

atau terus ke akaun:

Nama akaun: Tabung Palestin HALUAN
No. akaun: 5644 9020 8528 (Maybank Islamic Berhad), atau
140 230 100 342 92 (Bank Islam Malaysia Berhad).


Laporan Shairazi Sharizan
Setiausaha Kerja Kemanusiaan dan Palestin
HALUAN Malaysia