fbpx

Penyerahan Bantuan Gempa Bumi Maghribi

Penyerahan Bantuan Gempa Bumi Maghribi

Penyerahan Bantuan Gempa Bumi Maghribi

BANDAR BARU BANGI, 13 Okt 2023 – HALUAN dengan kerjasama NGO Global Humanity Network telah menghantar bantuan untuk mangsa gempa bumi di dua lokasi bencana di Maghribi. Seramai 144 buah keluarga di Perkampungan Tislit dan Id Aissa di daerah Al Haouz menerima bantuan tersebut, yang berbentuk pek makanan di Tislit dan selimut di Id Aissa.

Gempa bumi yang kuat pada skala 6.8 Richter pada 8 September 2023 itu telah menyebabkan kerosakan dan korban yang tinggi. Kementerian Dalam Negeri Maghribi berkata gempa bumi melanda beberapa titik di wilayah Marrakesh-Safi 71 km di pergunungan Atlas yang meliputi Al Haouz, Kota Marrakesh, Ouarzazate, Azilal, Chichaoua, Essaouira dan Tarudant. Daerah Al Haouz sendiri merupakan daerah yang agak teruk terjejas akibat gempa bumi tersebut dan dianggarkan lebih 1,000 orang maut di kawasan itu. Jumlah keseluruhan kematian adalah lebih 2,000 jiwa manakala 2,500 orang lagi hilang tempat tinggal.

Marrakesh mempunyai penduduk seramai 840,000 tetapi sukarelawan HALUAN yang melawati bandar itu September lepas mendapati bandarnya tidak terjejas kerana gempa lebih menggegarkan kawasan pergunungan sahaja.

HALUAN dengan ini menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang diterima daripada masyarakat Malaysia. Teruskan berderma untuk misi-misi kemanusiaan kami yang lain melalui akaun TABUNG KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN HALUAN di Maybank Islamic Berhad, akaun no. 562263502611

—-

Laporan Fatin Athirah Abdul Sani
Setiausaha Kerja Kebajikan dan Kemanusiaan
HALUAN Malaysia