fbpx

Akur Arahan Cegah Covid-19

Akur Arahan Cegah Covid-19

Akur Arahan Cegah Covid-19

BANDAR BARU BANGI, 20 Mac 2020 – Semua ahli dan sukarelawan HALUAN bersama orang ramai dipinta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengatasi gejala wabak Covid-19.

Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab. Rahman berkata, kepatuhan kepada arahan serta perintah pihak berwajib itu merupakan sebahagian daripada tuntutan agama Islam demi membanteras wabak yang sudah mulai meragut nyawa di Malaysia. Dalam sesi video secara Live di Facebook malam tadi, Dr Abdullah menambah, “saranan KKM itu amat penting demi masyarakat kita tidak kira kaum, dan kita kena patuh arahan mereka untuk mengatasi masalah ini dan ketaatan ini untuk menjauhkan diri daripada wabak adalah juga suruhan Allah dan secara langsung mentaati ajaran Islam.”

Katanya lagi, nasihat umum agar rakyat memakai topeng pernafasan perlindungan, tidak mengadakan majlis keramaian, tidak keluar rumah tanpa sebab khusus, serta menghadkan jarak di antara satu sama lain adalah ikhtiar untuk meredakan jangkitan dan penularan virus berbahaya Covid-19 itu.

“Kami di HALUAN ingin bersama-sama membantu memberhentikan wabak yang sangat berbahaya ini daripada terus merebak. Kami sudahpun keluarkan beberapa kempen awam melalui poster-poster di media sosial untuk meningkatkan kesedaran orang ramai betapa mereka wajib mematuhi perintah pengasingan selama dua minggu ini. Peringkat sekarang, kita semua harus memberikan kerjasama yang penuh kepada pihak berkuasa,” tegasnya lagi.


Laporan mediaHALUAN