
AGM2011 – Perubahan Dalam HALUAN
PULAU PINANG, 1 Mei 2011 – Beberapa perubahan terhadap barisan kepimpinan HALUAN telah dipersetujui oleh anggota dalam Mesyuarat Perwakilan Tahunan HALUAN Ke-22 (AGM2011).
Seiring dengan gesaan Presiden, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman, supaya HALUAN memantapkan sinergi antara biro-biro dan meningkatkan pengurusan organisasi secara lebih sistematik, beberapa perubahan dan pertukaran telah dilaksanakan.
Lantikan Exco Baru
Profesor Madya Dr Nik Muktasim bin Nik Abdul Rahman telah dipilih sebagai Naib Presiden 1 HALUAN menggantikan Prof. Sr. Dr. Abdul Hakim bin Mohammed yang telah dilantik sebagai YDP HALUAN Johor.
Perlantikan ini melengkapkan barisan tiga orang Naib Presiden, di mana dua orang Naib Presiden sebelum ini dikekalkan. Mereka adalah Tn Hj Sabbri Mohd Yudin (Naib Presiden 2) dan Dr. Azizan Ahmad (Naib Presiden 3).
Beberapa perubahan kepimpinan di peringkat biro dan kelab turut berlaku.
Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan telah dilantik menjadi Ketua Biro HALUAN Palestin yang baru. Beliau menggantikan Tn Hj Noorazman Mohd Samsuddin. Hj. Mohd. Sidek Abdul Latif pula mengambil tempat Hj Rosli Adam sebagai Ketua Biro Ekonomi.Manakala Dr Baharuddin Suri pula dilantik sebagai ketua Biro Misi Kemanusiaan dan Bantuan Kecemasan.
Kelab Kesihatan Haluan (KKH) pula menyaksikan perlantikan Dr Wan Muhaizan Wan Mustaffa sebagai ketua baru. Manakala Pengerusi Kelab Remaja Haluan (KeArah) diamanahkan kepada Sdr. Sabarudin Md. Kari.
Pembentukan Biro dan Kelab Baru
Bagi memantapkan lagi fokus gerak kerja HALUAN bersama masyarakat, sebanyak dua biro dan satu kelab baru telah dibentuk iaitu Biro Pembangunan Keluarga & Remaja dan Biro Dakwah & Outreach dan Kelab Usahawan Haluan.
Biro Pembangunan Keluarga & Remaja akan diterajui oleh Mohd Nasaruddin Abdul Manaf manakala Ustaz Al-Hami Husain bin Suhaimi pula akan mengetuai Biro Dakwah & Outreach.
Kelab yang baru dibentuk ialah Kelab Usahawan Haluan yang akan dipengerusikan oleh Ahmad Zakhir Abdullah.
Tiga biro lagi mengalami perubahan nama iaitu Biro Pelajaran, Biro Pengajian Tinggi dan Biro Psikologi & Kaunseling.
Biro Pengajian Tinggi sebelum ini dikenali sebagai Akademi Penyelidikan Haluan (APH) kekal diterajui oleh Prof Dr Ismail Ahmad, pensyarah di Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Biro Psikologi & Kaunseling pula adalah nama baru bagi Unit Motivasi & Kaunseling dan akan diketuai oleh Hj Engliman Roslan menggantikan Hj Ibrahim Abdul Rahman. Biro Pendidikan pula akan dikenali selepas ini sebagai Biro Pelajaran.
Semoga dengan perubahan ini dapat memberi ruang untuk HALUAN meneliti program yang berlalu, menilai hasil yang telah dicapai, menerima secara ikhlas akan kesilapan atau kekurangan dan seterusnya mencari idea-idea penambahbaikan untuk kita meneruskan kerja-kerja sehingga masa yang ditentukan Allah SWT.
Akhirnya tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan HALUAN yang baru dipilih untuk memikul amanah kepimpinan dengan penuh rasa tanggungjawab kepada Allah SWT. Manakala kepada EXCO yang tidak terpilih diucapkan terima kasih di atas khidmat dan sumbangan yang telah diberi dengan ikhlas semoga ianya menjadi bekalan untuk bertemu Allah SWT sebagai amal soleh yang diredhaiNya.
Senarai jawatankuasa kerja HALUAN Pusat
Jawatan | Nama |
---|---|
Presiden | Dr Hj Abdulah Sudin Abd Rahman |
Timbalan Presiden | Ustaz Mohd Darus Senawi Ali |
Naib Presiden 1 | Prof Madya Dr Nik Mutasim Bin Nik Abd Rahman2 |
Naib Presiden 2 | Hj Mohd Sabbri Md Yuddin |
Naib Presiden 3 | Dr Hj Azizan Ahmad |
Setiausaha Agung | Hj Mohd Ghani Salleh |
Penolong Setiausaha Agung | Hj Sa’adan Hj Omar |
Setiausaha Kerja | Mohamad Fadzil Husin |
Senarai biro-biro dan ketua biro
Nama Biro | Ketua Biro |
---|---|
Biro Profesional | Prof Madya Dr Zamrin Dimon |
Biro Dakwah & Outreach1 | Ustaz Al-Hami Husain bin Suhaimi |
Biro Latihan | Hj Mohd Mokhtar Abu Bakar |
Biro Pemuda | Dr Mohd Arbai’ai bin Syawal |
Biro Kebajikan | Mohd Azhar Md Idris |
Biro Ekonomi | Hj Mohd Sidek Abdul Latif2 |
Biro Penerangan | Hj Ibrahim Abu Bakar |
Biro Pengajian Tinggi | Prof Dr Ismail Ahmad |
Biro Pelajaran | Hj Mohamad Ritzuan Baharin |
Biro Psikologi & Kaunseling | Hj Engliman Roslan2 |
Biro Pembangunan Keluarga & Remaja1 | Mohd Nasaruddin Abdul Manaf |
Biro Sukan & Rekreasi | Abdul Hafidzh Hamzah |
Biro Haluan Palestin | Dr Syed Muhamad Haleem bin Syed Hassan |
Biro Misi Kemanusiaan | Dr Hj Baharuddin Suri2 |
Biro Relawan Haluan | Ahmad Fisal Md Salleh |
Biro Khidmat Guaman | Mohd Hafiizh bin Mohd @ Ghazali |
Biro Haluanita | Alfiah Samigan |
Senarai kelab-kelab dan pengerusi kelab
Nama Kelab | Pengerusi Kelab |
---|---|
Kelab Guru Haluan | Hj Shamjuddin Romani |
Kelab Kesihatan Haluan (KKH) | Dr Wan Muhaizan Wan Mustaffa2 |
Kelab Usahawan Haluan3 | Ahmad Zakhir Abdullah |
Kelab HALUAN SISWA | Hj Solehuddin Shuib |
Kelab Haluan Fitrah | Yusman Nawazir |
Kelab Remaja Haluan (KeARAH) | Sabarudin Mat Kari |
1 Biro yang baru ditubuhkan.
2 Lantikan baru bermula 2011.
3 Kelab yang baru ditubuhkan.