fbpx

AGM2011 – Perubahan Dalam HALUAN

AGM2011 – Perubahan Dalam HALUAN

AGM2011 – Perubahan Dalam HALUAN

PULAU PINANG, 1 Mei 2011 – Beberapa perubahan terhadap barisan kepimpinan HALUAN telah dipersetujui oleh anggota dalam Mesyuarat Perwakilan Tahunan HALUAN Ke-22 (AGM2011).


Seiring dengan gesaan Presiden, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman, supaya HALUAN memantapkan sinergi antara biro-biro dan meningkatkan pengurusan organisasi secara lebih sistematik, beberapa perubahan dan pertukaran telah dilaksanakan.

Lantikan Exco Baru

Profesor Madya Dr Nik Muktasim bin Nik Abdul Rahman telah dipilih sebagai Naib Presiden 1 HALUAN menggantikan Prof. Sr. Dr. Abdul Hakim bin Mohammed yang telah dilantik sebagai YDP HALUAN Johor.

Perlantikan ini melengkapkan barisan tiga orang Naib Presiden, di mana dua orang Naib Presiden sebelum ini dikekalkan. Mereka adalah Tn Hj Sabbri Mohd Yudin (Naib Presiden 2) dan Dr. Azizan Ahmad (Naib Presiden 3).

Beberapa perubahan kepimpinan di peringkat biro dan kelab turut berlaku.

Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan telah dilantik menjadi Ketua Biro HALUAN Palestin yang baru. Beliau menggantikan Tn Hj Noorazman Mohd Samsuddin. Hj. Mohd. Sidek Abdul Latif pula mengambil tempat Hj Rosli Adam sebagai Ketua Biro Ekonomi.Manakala Dr Baharuddin Suri pula dilantik sebagai ketua Biro Misi Kemanusiaan dan Bantuan Kecemasan.

Kelab Kesihatan Haluan (KKH) pula menyaksikan perlantikan Dr Wan Muhaizan Wan Mustaffa sebagai ketua baru. Manakala Pengerusi Kelab Remaja Haluan (KeArah) diamanahkan kepada Sdr. Sabarudin Md. Kari.

Pembentukan Biro dan Kelab Baru

Bagi memantapkan lagi fokus gerak kerja HALUAN bersama masyarakat, sebanyak dua biro dan satu kelab baru telah dibentuk iaitu Biro Pembangunan Keluarga & Remaja dan Biro Dakwah & Outreach dan Kelab Usahawan Haluan.

Biro Pembangunan Keluarga & Remaja akan diterajui oleh Mohd Nasaruddin Abdul Manaf manakala Ustaz Al-Hami Husain bin Suhaimi pula akan mengetuai Biro Dakwah & Outreach.

Kelab yang baru dibentuk ialah Kelab Usahawan Haluan yang akan dipengerusikan oleh Ahmad Zakhir Abdullah.

Tiga biro lagi mengalami perubahan nama iaitu Biro Pelajaran, Biro Pengajian Tinggi dan Biro Psikologi & Kaunseling.

Biro Pengajian Tinggi sebelum ini dikenali sebagai Akademi Penyelidikan Haluan (APH) kekal diterajui oleh Prof Dr Ismail Ahmad, pensyarah di Universiti Teknologi MARA Shah Alam.  Biro Psikologi & Kaunseling pula adalah nama baru bagi Unit Motivasi & Kaunseling dan akan diketuai oleh Hj Engliman Roslan menggantikan Hj Ibrahim Abdul Rahman. Biro Pendidikan pula akan dikenali selepas ini sebagai Biro Pelajaran.

Semoga dengan perubahan ini dapat memberi ruang untuk HALUAN meneliti program yang berlalu, menilai hasil yang telah dicapai, menerima secara ikhlas akan kesilapan atau kekurangan dan seterusnya mencari idea-idea penambahbaikan untuk kita meneruskan kerja-kerja sehingga masa yang ditentukan Allah SWT.

Akhirnya tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan HALUAN yang baru dipilih untuk memikul amanah kepimpinan dengan penuh rasa tanggungjawab kepada Allah SWT. Manakala kepada EXCO yang tidak terpilih diucapkan terima kasih di atas khidmat dan sumbangan yang telah diberi dengan ikhlas semoga ianya menjadi bekalan untuk bertemu Allah SWT sebagai amal soleh yang diredhaiNya.

Senarai jawatankuasa kerja HALUAN Pusat

JawatanNama
PresidenDr Hj Abdulah Sudin Abd Rahman
Timbalan PresidenUstaz Mohd Darus Senawi Ali
Naib Presiden 1Prof Madya Dr Nik Mutasim Bin Nik Abd Rahman2
Naib Presiden 2Hj Mohd Sabbri Md Yuddin
Naib Presiden 3Dr Hj Azizan Ahmad
Setiausaha AgungHj Mohd Ghani Salleh
Penolong Setiausaha AgungHj Sa’adan Hj Omar
Setiausaha KerjaMohamad Fadzil Husin

Senarai biro-biro dan ketua biro

Nama BiroKetua Biro
Biro ProfesionalProf Madya Dr Zamrin Dimon
Biro Dakwah & Outreach1Ustaz Al-Hami Husain bin Suhaimi
Biro LatihanHj Mohd Mokhtar Abu Bakar
Biro PemudaDr Mohd Arbai’ai bin Syawal
Biro KebajikanMohd Azhar Md Idris
Biro EkonomiHj Mohd Sidek Abdul Latif2
Biro PeneranganHj Ibrahim Abu Bakar
Biro Pengajian TinggiProf Dr Ismail Ahmad
Biro PelajaranHj Mohamad Ritzuan Baharin
Biro Psikologi & KaunselingHj Engliman Roslan2
Biro Pembangunan Keluarga & Remaja1Mohd Nasaruddin Abdul Manaf
Biro Sukan & RekreasiAbdul Hafidzh Hamzah
Biro Haluan PalestinDr Syed Muhamad Haleem bin Syed Hassan
Biro Misi KemanusiaanDr Hj Baharuddin Suri2
Biro Relawan HaluanAhmad Fisal Md Salleh
Biro Khidmat GuamanMohd Hafiizh bin Mohd @ Ghazali
Biro HaluanitaAlfiah Samigan

Senarai kelab-kelab dan pengerusi kelab

Nama KelabPengerusi Kelab
Kelab Guru HaluanHj Shamjuddin Romani
Kelab Kesihatan Haluan (KKH)Dr Wan Muhaizan Wan Mustaffa2
Kelab Usahawan Haluan3Ahmad Zakhir Abdullah
Kelab HALUAN SISWAHj Solehuddin Shuib
Kelab Haluan FitrahYusman Nawazir
Kelab Remaja Haluan (KeARAH)Sabarudin Mat Kari

1 Biro yang baru ditubuhkan.

2 Lantikan baru bermula 2011.

3 Kelab yang baru ditubuhkan.