fbpx

13 Rakyat Palestin Dibunuh, 374 Diculik Sepanjang November

13 Rakyat Palestin Dibunuh, 374 Diculik Sepanjang November

13 Rakyat Palestin Dibunuh, 374 Diculik Sepanjang November

ahrar-01BANDAR BARU BANGI, 2 Dis 2013 — Rejim Zionis telah membunuh seramai 13 orang Palestin dan menculik 374 yang lain di Tebing Barat dan Gaza sepanjang bulan November lalu.

Laporan bulanan yang diterbitkan semalam oleh Pusat Pengajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia Ahrar turut mendedahkan bahawa 95 orang Palestin telah diculik dari wilayah Al Khalil termasuk lapan orang wanita di mana dua daripadanya adalah remaja. Semua wanita yang diculik kecuali dua remaja tersebut telah dibebaskan.

Di Baitulmaqdis, tentera Zionis telah menangkap seramai 85 orang termasuk seorang jurnalis Al-Quds Daily, Mohammad Abu Khdeir. Beliau ditangkap di lapangan terbang Ben Gurion selepas mendarat pulang dari lawatan ke Mesir.

Dua orang guru wanita serta seorang pelajar dari Nablus diculik di sebuah sekatan jalan di Tulkarem. 47 rakyat Palestin turut ditangkap di Jenin, 45 orang di Nablus, 34 di Bethlehem, 30 di Ramallah, 18 di Qalqilia, 10 di Tulkarem, and seorang lagi di Jericho. Tentera Zionis turut menculik sembilan orang penduduk Gaza.

Tentera laut Zionis meneruskan kempen serangan ke atas nelayan Gaza dan menangkap empat orang daripadanya setelah menembak bot-bot mereka. Dalam kejadian lain, empat pesakit Gaza yang menuju ke terminal Erez untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Baitulmaqdis turut diculik, walaupun semua pesakit tersebut telah mendapat permit daripada rejim Zionis bagi memasuki Baitulmaqdis.

Daripada 13 orang rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Zionis sepanjang bulan lalu, empat orang merupakan penduduk Gaza. Mereka adalah Rabee’ Baraka, 23 tahun, Khaled Mohammad Abu Bakra, 35 tahun, Mohammad Rashid Dawoud, 26 tahun, dan Mohammad Issam Al-Qassam, 23 tahun. Semua mereka terkorban dalam serangan ke atas Gaza pada 1hb November.

Di Tebing Barat, tahanan Hasan Toraby, 22 tahun, yang berasal dari Nablus meninggal dunia di Hospital Al-‘Affoula akibat sakit barah apabila tentera Zionis enggan membenarkan beliau menerima rawatan. Hasan hanya dibenarkan ke hospital setelah keadaanya sangat kritikal.

Pada malam 7hb November, seorang pensyarah universiti di Jenin, Bashir Habaneen, 28 tahun, telah ditembak mati oleh tentera Zionis di sekatan jalanraya Za’tara di Nablus. Pada malam yang sama, Anas Al-Atrash, 22 tahun, dari Al Khalil turut dibunuh di sekatan Container, Bethlehem.

Pada 26hb November, tentera Zionis membunuh tiga orang lagi rakyat Palestin di Al Khalil. Mereka adalah Mohammad Nairoukh, Mahmoud Najjar, and Mousa Fansha.

Manakala pada 28 November, Mahmoud Awwad, 24 tahun, dari Ramallah, meninggal dunia akibat kecederaan parah yang beliau alami sejak bulan Mac lalu. Beliau telah ditembak di kepala dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sehinggalah meninggal dunia. Pada hari yang sama tentera Zionis menembak mati kanak-kanak perempuan Nour Mohammad Affana, 14 tahun, di sebuah sekatan tentera. Beliau ketika itu berada di dalam ambulan yang cuba membawanya ke sebuah hospital di Bethlehem.

Pada 30 November, tentera Zionis menembak mati Antar Al-Aqdra’, 24 tahun, dari bandar Qablan, ketika beliau sedang bekerja. 12 pekerja lain turut ditangkap dalam kejadian tersebut.

Laporan Ahrar turut menyebut bahawa tentera Zionis semakin meningkatkan serangan dan kekasaran terhadap tahanan politik Palestin dengan memaksa sebahagian daripada meraka tinggal di dalam sel kurungan individu dan menafikan sebarang lawatan oleh ahli keluarga. Pada masa yang sama pelampau Yahudi terus bebas menyerang rakyat Palestin serta memusnahkan ladang dan harta benda mereka di sekitar kawasan Baitulmaqdis dan Tebing Barat yang terjajah.


Laporan Unit Media Biro HALUAN Palestin. Sumbar maklumat dari Ahrar dan IMEMC.