fbpx

Futsal Remaja, Siswa dan Pemuda HALUAN Sungai Petani Jalin Ukhuwah

Futsal Remaja, Siswa dan Pemuda HALUAN Sungai Petani Jalin Ukhuwah

Futsal Remaja, Siswa dan Pemuda HALUAN Sungai Petani Jalin Ukhuwah

SUNGAI PETANI, 23 Jun 2009 — Kelab Remaja HALUAN (KeARAH,) HALUANSiswa dan Pemuda HALUAN Sungai Petani telah mengadakan perlawanan persahabatan futsal antara anak-anak muda penuntut IPT dan lepasan IPT di Pasaraya Billion di sini kelmarin. Perlawanan yang diadakan dari jam 9.00 hingga 10.00 malam tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran pemain dan penyokong dari pelbagai lapisan umur.


Antara objektif program ini adalah untuk menghimpun tenaga pemuda HALUAN di daerah Sungai Petani, merapatkan ukhuwah dan dapat kenal-mengenali antara satu sama lain, serta dapat menunaikan hak tubuh badan.

Pengarah perlawanan, Anas bin Haji Mokhtar, dibantu oleh Shafiq bin Abdul Manaf sebagai penyelaras program serta Ahmad Ikhwan bin Rosli sebagai ketua unit tugas-tugas khas, telah berjaya menggerakkan program ini yang jelas dapat merapatkan ukhuwah di antara anak-anak muda sekitar daerah Sungai Petani, Kedah.

Menurut Anas, program-program yang memberi manfaat untuk generasi remaja, belia dan pemuda ini akan diteruskan dan diperbanyakkan. Mereka juga merancang untuk mengadakan perjumpaan bulanan di Simpor, Tikam Batu, serta rehlah Pemuda di Tikam Batu.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan dan diwarisi oleh barisan pemuda-pemuda akan datang.