
Abdullah Sudin Kekal Presiden HALUAN
BANDAR BARU BANGI, 1 Dis 2019 — Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman mengekalkan jawatan beliau sebagai Presiden HALUAN dalam satu pemilihan di Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN Ke-30 di sini hari ini.
Para perwakilan daripada semua cawangan secara sebulat suara bersetuju supaya Dr. Abdullah Sudin, 70, kekal memimpin HALUAN. Sementara Timbalan Presiden HALUAN, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abu Azam Md Yassin, turut mengekalkan jawatan beliau.
Menurut Setiausaha Agung HALUAN yang turut mengekalkan jawatan beliau, Sr. Mohd Sabbri Md Yudin, cadangan struktur baharu HALUAN diputuskan selepas kajian pertengahan penggal Rancangan Jangka Panjang HALUAN. Ia mengambil kira pelbagai perkara berdasarkan dapatan prestasi serta pengalaman terdahulu. Perubahan tersebut melibatkan struktur di peringkat pusat dan cawangan, di mana beberapa buah cawangan dipimpin oleh Yang DiPertua baharu.
Mesyuarat turut mencadang dan memilih enam Naib Presiden bagi memenuhi kluster-kluster berikut:
1) Pendidikan dan Media
2) Dakwah
3) Profesional dan Agensi
4) Kebajikan dan Kemanusiaan
5) Pemuda, Sukan dan Rekreasi, dan
6) Wanita dan Pembangunan Keluarga.
HALUAN turut mengambil langkah memantapkan lagi capaian aktiviti dengan melantik dua ahli sayap wanitanya (HALUANITA) sebagai Naib Presiden.
Bagi melicinkan operasi HALUAN, pelaksanaan program dan aktiviti bagi kluster-kluster terbabit akan dilaksanakan melalui 18 buah biro yang masing-masing dipimpin oleh ketua-ketua yang baru dilantik atau dilantik semula.
Berikut adalah senarai penuh Exco HALUAN Pusat bagi sesi 2019-2021:
Presiden: Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman
Timbalan Presiden: Prof. Emeritus Datuk Dr. Abu Azam Md Yassin
Bendahari: Eisa Mohamed
Setiausaha Agung: Sr. Mohd Sabbri Md Yudin
Penolong Setiausaha Agung 1: Saadan Omar
Penolong Setiausaha Agung 2: Prof. Madya Dr. Samsul Bahari Mohd Noor
Ketua Pegawai Operasi: Wan Abdullah Sabary Hj. Wan Harun
Naib Presiden 1 (Pendidikan dan Media): Prof. Madya Dr. Ir. Solehuddin Shuib
Naib Presiden 2 (Dakwah): Ustaz Salleh Saad
Naib Presiden 3 (Profesional dan Agensi): Dr. Wan Muhaizan Wan Mustafa
Naib Presiden 4 (Kebajikan dan Kemanusiaan): Dr. Baharudin Suri
Naib Presiden 5 (Pemuda, Sukan dan Rekreasi): Hasri Ahmad
Naib Presiden 6 (Wanita dan Pembangunan Keluarga) Dr. Zurina Muda
Ketua Biro Pendidikan: Engliman Roslan
Ketua Biro Pengajian Tinggi: Prof. Dr. Ismail Ahmad
Ketua Biro Media: Khairul Azman Ahmad Abkari
Ketua Biro Penerbitan: Mohd Fuad Razali
Ketua Biro Dakwah: Ust. Mohammad Umar Aiman Osman
Ketua Biro HALUAN Fitrah: Dr. Basir Towil
Ketua Biro Relawan: Noorazman Samsudin
Ketua Biro Keusahawanan: Uzir Abd Majid
Ketua Biro Iktisas: Mohd Sabri Abdullah
Ketua Biro Hubungan Antarabangsa: Nordin Endut
Ketua Biro Hal Ehwal Korporat: Ahmad Fisal Md Salleh
Ketua Biro Kebajikan: Mubarak Ali Mohamad Ismail
Ketua Biro Misi Kemanusiaan: Dr. Mokhtar Ibrahim
Ketua Biro HALUAN Palestin: Dr. Syed Muhammad Haleem Syed Hassan
Ketua Biro Pemuda: Muhammad Siddiqi Jamalludin
Ketua Biro Sukan dan Rekreasi: Abd Hafidz Hamzah
Ketua Biro HALUANITA: Dr. Zurina Muda
Ketua Biro Pembangunan Keluarga: Ibrahim Abdul Rahman
_
Laporan mediaHALUAN