fbpx

Ibadah Korban Rakyat Malaysia Mendapat Liputan Media Jordan

Ibadah Korban Rakyat Malaysia Mendapat Liputan Media Jordan

Ibadah Korban Rakyat Malaysia Mendapat Liputan Media Jordan

IRBID, KHAMIS, 24 September 2015 – HALUAN dengan kerjasama Islamic Charity Center Society (ICCS) sebuah NGO di sini, telah melaksanakan amanah peserta-peserta Program Ibadah Korban HALUAN 1436H yang dijalankan pada 24 hingga 25 September tahun ini.

Sejumlah lebih 350 ekor kambing telah disembelih dan 34 ekor daripadanya adalah amanah korban dari Malaysia. Kesemua daging korban terus diagihkan kepada 2000 keluarga fakir dan miskin di seluruh Irbid sepanjang dua hari tersebut. Turut hadir di pusat penyembelihan Irbid pada hari pertama adalah Pengarah ICCS cawangan Irbid, Encik Abdul Kadir Al-Malkawi. Lebih menarik lagi, perjalanan korban pada hari itu mendapat liputan khas dari sebuah stesen televisyen Jordan, Ro’ya, yang turut menemuramah aktivis HALUAN sebagai wakil rakyat Malaysia.

Aktivis dan relawan HALUAN yang terlibat membantu perlaksanaan korban juga diberi peluang untuk menyembelih kambing-kambing yang bertempat di Soreh dan Irbid. Hal ini sedikit sebanyak memberi pendedahan dan pengalaman di lapangan kepada mereka yang terlibat.

Memetik ucapan Encik Yusuf Al-Usman, Pengurus di Ibu Pejabat ICCS Amman dalam temuramah bersama beliau, pihak HALUAN sudah memulakan kerjasama bersama ICCS untuk menyampaikan sumbangan dari rakyat Malaysia sejak tahun 2012. Dan sehingga kini, jumlah sumbangan yang telah disumbangkan dan diserahkan kepada yang memerlukan mencapai jumlah RM500,000. Kata beliau lagi, ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia begitu peka dan prihatin akan nasib yang menimpa saudara se-islam mereka. Encik Yusuf mendoakan dan menyatakan penghargaan serta terima kasih atas sumbangan-sumbangan yang telah diberikan. Pihak beliau sentiasa bersedia untuk terus bekerjasama membantu menyampaikan hasrat murni rakyat Malaysia.


Laporan disediakan oleh Abdullah Farhan Hashim, Pengarah Misi Korban Kelab Siswa HALUAN Jordan