fbpx

HALUAN Bantu Mangsa Kebakaran

HALUAN Bantu Mangsa Kebakaran

HALUAN Bantu Mangsa Kebakaran

RANTAU PANJANG, 13 Sept 2016 — Seramai 51 penduduk daripada 14 keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Lubok Setol pada 8 September yang lalu.

Hasil tinjauan wakil HALUAN Cawangan Kelantan pada 10 September, mangsa masih memerlukan bantuan dan sokongan daripada masyarakat.

Menurut Dr Mat Ariffin Saman, Ketua Biro Kebajikan Cawangan Kelantan, “kesemua mangsa kini menumpang di sebuah bangunan yang dijadikan penginapan sementara dan amat-amat memerlukan bantuan kewangan untuk membangunkan kembali kediaman yang musnah. Kita akan lancarkan kempen bantuan dan akan serahkan sumbangan dalam masa terdekat.”

Dalam kejadian sekitar 4.00 pagi itu, enam buah rumah dua tingkat didapati terbakar hangus manakala selebihnya terbakar hampir 80 peratus. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Masyarakat prihatin yang ingin membantu boleh salurkan bantuan melalui akaun berikut:

Nama Akaun: PERTUBUHAN HIMPUNAN LEPASAN INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (HALUAN)
No Akaun: 1402 3010 0257 18
Bank: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

*Sila email slip/resit sumbangan ke unit.kewangan@haluan.org.my

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:
✔Phone: +60389268892
✔Fax: +60389266892
✔Email: info@haluan.org.my

Semoga sumbangan anda dirahmati Allah SWT.