fbpx

KADER ’16 Bawa Petanda Baik Perkembangan Dakwah Kampus

KADER ’16 Bawa Petanda Baik Perkembangan Dakwah Kampus

KADER ’16 Bawa Petanda Baik Perkembangan Dakwah Kampus

BANDAR BARU BANGI, 1 Ogos 2016 – Lebih 150 ahli Kelab Siswa HALUAN (HALUAN Siswa) dari seluruh negara menyertai Kolokium Anjakan Daie Rabbani 2016 (KADER ’16) kali keenam yang berakhir semalam.

Kehadiran begitu ramai peserta dalam program selama tiga hari di ibu pejabat HALUAN itu membawa petanda baik kepada usaha membina kesedaran berdakwah kepada masyarakat kampus.

Beberapa orang penggiat dakwah kampus dari era tahun 1970-an berkongsi pengalaman dan petua menarik bagaimana mereka berjaya membentuk peribadi mulia di kalangan rakan-rakan kampus, yang memahami Islam secara menyeluruh dan gigih memikul amanah dakwah.

Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, turut hadir memberi nasihat. Antara lain, beliau mengulas tentang cabaran yang dihadapi ketika menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah.

Program kali ini, yang bertema “Memperkasa Dakwah Kampus,” berakhir dengan ucapan penutup oleh Ketua Akademi Penyelidikan HALUAN, Prof Dr Ismail bin Ahmad. Beliau memberi kata-kata semangat dan motivasi melalui formula 4P; Pemikir, Perancang, Perlaksana, dan Produktif.

KADER diperkenalkan pada tahun 2011. Ia bertujuan untuk memperkenal kaedah perlaksanaan dakwah di kampus, dengan mengambil pelajaran dari pengalaman penggiat dakwah dari akhir tahun 1970-an sehingga masa kini. Peserta juga dijelaskan tentang peranan serta hala tuju mereka dalam memikul visi dan misi HALUAN secara istiqamah dan lebih terancang.