fbpx

Jom bro, join JDK!

Jom bro, join JDK!

Jom bro, join JDK!

BANDAR BARU BANGI, 17 Okt 2016 – Anda calon SPM 2016? Tamat SPM nak buat apa? Mari manfaatkan cuti panjang kita nanti dengan persiapan diri memasuki IPT. Jom sertai Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja 2016 (JDK) kali ke-9. Tempat memang terhad, first-come first-served.

HALUAN dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), dan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) akan melaksanakan kursus tersebut di sembilan lokasi berbeza serentak. Kursus khas untuk remaja lepasan SPM ini bermula 17 hingga 24 Disember 2016 selama lapan hari dengan kadar yuran yang telah disubsidikan sebanyak RM300 sahaja. Penginapan, makan-minum dan bahan terangkum.

Apa persiapan diri anda selepas SPM? Nak masuk U? Jom explore modul-modul yang ditawarkan;modul anjakan paradigma, modul kemahiran insan dan profesional, modul kepimpinan masyarakat, modul khidmat masyarakat, modul asas kewanitaan, modul fizikal dan rekreasi serta modul asas rumah tangga muslim. Untuk lelaki dan perempuan. Jom temui abang kakak yang sudah berada dalam IPT dalam dan luar negara. Hampir 3,000 lepasan SPM di masa lampau telah mendapat manfaat daripada kursus berharga ini.

Ajak kawan-kawan. Daftar secara online dan peserta yang berjaya akan menerima surat jemputan daripada pihak urusetia. Layari sesawang http://jdk.haluan.org.my untuk saksikan sendiri video dan gambar kehebatan JDK atau email ke jdk@haluan.org.my untuk sebarang pertanyaan. Talian telefon kami adalah +6019 222 7913.


Laporan oleh Nur ‘Izzat Nur Arif, Setiausaha JDK 2016