SEBERANG JAYA, 30 Okt 2015 — Penderitaan rakyat Palestin dan protes terhadap kepungan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh rejim teroris Zionis tetap mendapat perhatian berterusan rakyat Malaysia dari segenap lapisan. Sebuah Sekretariat Kempen Menyelamatkan Al Quds Peringkat Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan oleh gabungan NGO-NGO Islam yang turut disertai oleh HALUAN cawangan Negeri Pulau Pinang. …
