
Rumah HALUAN Prihatin Bawa Sinar Baharu Buat Donggala
DONGGALA, SULAWESI, 11 Feb 2019 – Pembinaan Rumah HALUAN Prihatin di bandar ini dilihat memberi sinar baharu buat mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, 28 September lalu.
Rumah sementara yang dikelolakan HALUAN ini merupakan projek bantuan rumah sementara (huntara) terbesar dalam misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia ke kawasan yang terkesan akibat musibah itu. Kini hampir 72 unit rumah telah siap dibina melibatkan kos hampir RM200,000 dilengkapi dengan dapur dan tandas. Ini adalah sumbangan daripada masyarakat Malaysia yang mana HALUAN diamanahkan untuk menguruskannya.
Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman berkata, berdasarkan perkembangan semasa, pihaknya berharap dapat membina lebih banyak penempatan seumpama ini.
“Alhamdulillah, 72 keluarga telah ada rumah yang baik untuk menginap. Tetapi hasil tinjauan kami pada hari ini mendapati masih ramai lagi mangsa bencana yang masih menghuni khemah sementara,” katanya selepas menyantuni perkampungan itu hari ini.
Dr. Abdullah berkata inisiatif itu dilihat mampu mengurangkan penderitaan yang dialami mangsa kerana tempat berlindung seperti khemah sementara yang mereka huni sudah mulai rosak.
Sukarelawan HALUAN sempat mengedarkan 60 beg sekolah kepada anak-anak penghuni Rumah HALUAN Prihatin di sini. Turut disumbangkan kepada setiap pelajar tersebut ialah sepasang kasut, stoking, pensil warna dan coklat.
Teruskan derma ikhlas anda demi membantu mangsa gempa-tsunami ini yang masih memerlukan bantuan kita. Salurkan derma anda kepada:
Rumah HALUAN Prihatin Donggala
Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.
atau
Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamik
No akaun: 5622 6350 2611
Whatsapp [Nama, #RumahPrihatin & Resit] ke http://www.wasap.my/60103005141
_
Laporan mediaHALUAN
Donggala, Sulawesi
Dr. Abdullah Sudin tiba di Keluruhan Boya disambut penduduk tempatan Dr. Zurina menyampaikan sumbangan Kira-kira 60 anak-anak menerima sumbangan bag sekolah Dr. Asmawati Desa turut menyalurkan sumbangan Dr. Baharudin Suri menyantuni seorang ibu yang mengalami kecederaan kaki Di muara sungai inilah yang mana 31 buah rumah tenggelam ke dasar laut Pak Andy, 48 menceritakan peristiwa yang berlaku Meninjau lokasi bencana