fbpx

Rumah HALUAN Prihatin Bawa Sinar Baharu Buat Donggala

Rumah HALUAN Prihatin Bawa Sinar Baharu Buat Donggala

Rumah HALUAN Prihatin Bawa Sinar Baharu Buat Donggala

DONGGALA, SULAWESI, 11 Feb 2019 – Pembinaan Rumah HALUAN Prihatin di bandar ini dilihat memberi sinar baharu buat mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, 28 September lalu.

Rumah sementara yang dikelolakan HALUAN ini merupakan projek bantuan rumah  sementara (huntara) terbesar dalam misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia ke kawasan yang terkesan akibat musibah itu. Kini hampir 72 unit rumah telah siap dibina melibatkan kos hampir RM200,000 dilengkapi dengan dapur dan tandas. Ini adalah sumbangan daripada  masyarakat Malaysia yang mana HALUAN diamanahkan untuk menguruskannya.

Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman berkata, berdasarkan perkembangan semasa, pihaknya berharap dapat membina lebih banyak penempatan seumpama ini.

“Alhamdulillah, 72 keluarga telah ada rumah yang baik untuk menginap. Tetapi hasil tinjauan kami pada hari ini mendapati masih ramai lagi mangsa bencana yang masih menghuni khemah sementara,” katanya selepas menyantuni perkampungan itu hari ini.

Dr. Abdullah berkata inisiatif itu dilihat mampu mengurangkan penderitaan yang dialami mangsa kerana tempat berlindung seperti khemah sementara yang mereka huni sudah mulai rosak.

Sukarelawan HALUAN sempat mengedarkan 60 beg sekolah kepada anak-anak penghuni Rumah HALUAN Prihatin di sini. Turut disumbangkan kepada setiap pelajar tersebut  ialah sepasang kasut, stoking, pensil warna dan coklat.

Teruskan derma ikhlas anda demi membantu mangsa gempa-tsunami ini yang masih memerlukan bantuan kita. Salurkan derma anda kepada:

Rumah HALUAN Prihatin Donggala

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

atau

Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamik
No akaun: 5622 6350 2611
Whatsapp [Nama, #RumahPrihatin & Resit] ke http://www.wasap.my/60103005141

_
Laporan mediaHALUAN
Donggala, Sulawesi