fbpx

Sejuta Barakah Ramadan 5.0

Bantuan Sara Hidup

Barakah Ramadan Dengan Memberi!

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu mengembangkan seekor anak kuda. Sehinggakan sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
(Riwayat At Tirmizi 662)

Jadikan Ramadan sebagai benih yang boleh menyuburkan rezeki mereka yang kurang berkemampuan atau berhadapan dengan pelbagai masalah kehidupan. Semoga merka dapat menjalankan ibadah sepanjang Ramadan dan bersedia menyambut Aidilfitri dalam keadaan yang lebih baik.

Bantuan Sara Hidup menyasarkan golongan memerlukan dalam bentuk berikut:

  1. Bantuan Sosioekonomi Food Rider – sumbangan barangan atau minyak kenderaan kepada hampir 5,000 peniaga-peniaga kecil dan ride-hailing.
  2. Bantuan Sara Hidup Ibu Tunggal B40 – sumbangan wang tunai kepada keluarga ibu tunggal B40 yang telah dikenal pasti melalui program masyarakat HALUAN di seluruh Malaysia, demi menampung keperluan perbelanjaan harian mereka.
  3. Bantuan Sara Hidup Keluarga Miskin – sumbangan wang tunai untuk keluarga miskin yang dikenal pasti melalui program bersama HALUAN di seluruh negara.
  4. Bantuan Sara Hidup Pelarian Syria-Palestin – sumbangan wang tunai bagi menampung perbelanjaan keperluan asas keluarga pelarian Syria dan Palestin di Malaysia.