fbpx

Sejuta Barakah Ramadan 5.0

Pek Makanan Luar Negara

Barakah Ramadan Dengan Memberi!

“”Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (sambil berkata dengan lidah atau dengan hati) ‘Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah masam berkerut-kerut'”.
(Al-Quran surah Al-Insaan: 8-10)

Bantulah saudara kita yang sekian lama berhadapan dengan suasana bencana, krisis dan peperangan, serba ketidak-tentuan tanpa pekerjaan, dan kelaparan.

Pek Makanan Luar Negara melibatkan agihan kepada:

  1. Pek Makanan Mindanao – bantuan untuk keluarga miskin dan mualaf di daerah Ma’arib.
  2. Pek Makanan Thailand – bantuan untuk keluarga dan anak-anak yatim mangsa banjir besar di Narahiwat, Selatan Thailand.
  3. Pek Makanan Pelarian Palestin – agihan pek makanan asasi kepada keluarga pelarian Palestin Kem pelarian Ein El-Hilweh (Lubnan) dan Gaza.
  4. Pek Makanan Syria – agihan pek makanan asasi untuk keluarga pelarian Syria di Idlib (Utara Syria) dan Kem Arsal (Lubnan).
  5. Pek Makanan Yaman – agihan bekalan mekanan asasi untuk keluarga mangsa perang yang tinggal dalam kemah di sekitar Ma’arib, Yaman.