fbpx

Sejuta Barakah Ramadan 5.0

Iftar Dalam & Luar Negara

Barakah Ramadan Dengan Memberi!

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
(Riwayat Tirmizi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5: 192. Al-Hafiz Abu Tahir mengatakan bahawa hadis ini sahih)

Program Iftar Sejuta Barakah Ramadan akan mengagihkan makanan berbuka puasa untuk golongan berikut:

  1. Iftar Harmoni – majlis berbuka puasa bersama mualaf, rakan non-muslim, AJK masjid, wakil NGO dan wakil universiti dalam program jelajah masjid.
  2. Tamar For All – agihan pek tamar kepada setiap keluarga atau individu mualaf dan non-muslim di rumah sekitar masjid, dalam kempen soal selidik mengenai bulan Ramadan.
  3. Iftar Pelarian di Malaysia – agihan juadah iftar kepada 400 individu daripada keluarga dan komuniti pelarian sekitar Refugee Community Educare Centre (RCEC) kendalian HALUAN di Seri Kembangan, Alor Setar dan Kuala Terengganu.
  4. Iftar Mindanao – menyediakan juadah berbuka untuk 500 individu termasuk keluarga mualaf dan fakir miskin serta anak-anak yatim di lima (5) buah asrama.
  5. Iftar Thailand – menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga mangsa banjir besar dan penghuni asrama anak yatim di wilayah Narathiwat, Selatan Thailand.
  6. Iftar Pakistan – agihan makanan iftar kepada keluarga fakir miskin mangsa banjir besar Pakistan di wilayah Hyderabad, Sindh.
  7. Iftar Yaman – agihan makanan iftar kepada keluarga pelarian perang (IDP) yang hidup dalam kemah dan bergantung hidup kepada banduan luar di Yaman.
  8. Iftar Syria – agihan makanan iftar untuk pelarian Syria di Idlib (Syria), Kem Pelarian Arsal (Lubnan) dan Malaysia.
  9. Iftar Palestin – agihan makanan iftar di Gaza, Kem Ein El-Hilweh (Lubnan) dan Masjid al-Aqsa.