fbpx

Program Korban Asrama HALUAN Penyayang Langkawi

Program Korban Asrama HALUAN Penyayang Langkawi

Program Korban Asrama HALUAN Penyayang Langkawi

LANGKAWI, 29 November 2009 – HALUAN Kedah dengan kerjasama Best Star Resort, Langkawi telah mengadakan satu program ibadah korban bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha di perkarangan Asrama Anak Yatim Dan Miskin HALUAN Penyayang (AHP) Langkawi. Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan dalam program tersebut.


Bersempena dengan program tersebut juga, satu majlis doa selamat dan jamuan makan tengahari bersama masyarakat setempat telah diadakan daripada jam 1.00 petang hingga 4.00 petang. Alhamdulillah program ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan antara HALUAN, khususnya pihak pengurusan asrama tersebut, dengan masyarakat setempat.

Asrama tersebut ditubuhkan lebih setahun yang lalu hasil keprihatinan dan sumbangan wakaf seorang dermawan tempatan. Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 1 yang terdiri daripada anak yatim dan miskin dari sekitar Langkawi menjadi perintis di situ. Mereka telah dipilih oleh HALUAN Kedah dengan kerjasama Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.

Turut hadir menjayakan program tersebut adalah pemilik Best Star Resort Langkawi, Tuan Haji Roslan bin Ibrahim. Manakala HALUAN telah diwakili oleh Ketua Biro Pusat Jagaan, Sdr Abdul Halim Khudri, Setiausaha Kerja HALUAN, Sdr Fadhil Husin, wakil HALUAN Kedah, Sdr Puzi bin Yaakub, dan Pengurus Asrama HALUAN Penyayang Langkawi, Sdr Razif Abdul Halim.